10 Tabiat Sentuh Makanan Biasa Orang Lakukan, Tak Ramai Sedar Ia Boleh Bawa Maut!

Trending

10 Tabiat Sentuh Makanan Biasa Orang Lakukan, Tak Ramai Sedar Ia Boleh Bawa Maut!

shutterstock1719746421Banyak kes keracunan makanan, melibatkan makanan luar seperti makanan dalam tin atau dimasak oleh penjaja.

Namun perkara asas yang perlu kita tahu adalah dengan memastikan keselamatan makanan bermula dari diri anda sendiri.

Advertisement

Hal ini kerana kesilapan kecil boleh membawa maut melibatkan keracunan makanan.

Satu fakta yang harus diambil berat adalah kuman seperti Salmonella hanya perlu berada pada 15 hingga 20 sel sahaja dalam makanan kurang masak untuk jadi penyebab keracunan.

Manakala jika secubit makanan dicemari toksin botulinum masuk ke dalam perut, ia sudah cukup untuk buat manusia lumpuh atau mati.

Jadi, lebih baik kita beringat dahulu. Ketahui tabiat yang mungkin kita biasa lakukan, tetapi sebenarnya merupakan satu KESALAHAN kerana ia boleh mencemar makanan anda.

Photo of a man eating pepperoni pizza.

Kesalahan #1: Merasa makanan sama ada ia masih boleh dimakan ataupun tidak.

Mengapa: Jangan fikir rasa yang tak terlalu berubah bermakna tiada bakteria yang sudah pasti anda tak mampu lihat guna mata kasar. Walau cuma secubit, makanan yang dijangkiti bakteria boleh membuat anda jatuh sakit.

Penyelesaian: Buang makanan yang disyaki tak lagi elok sebelum bakteria membiak padanya.

*Pastikan anda tahu carta tempoh hayat makanan termasuk yang disimpan dalam peti sejuk.

raw-meat

Kesalahan #2: Meletak daging yang sudah dimasak berhampiran daging mentah (dilakukan ketika BBQ misalnya).

Mengapa: Kuman yang terdapat pada daging mentah dengan mudah berpindah kepada daging yang sudah sedia untuk dimakan.

Penyelesaian: Sentiasa gunakan pinggan asing untuk meletak daging mentah dengan yang sudah masak, begitu juga halnya dengan telur dan makanan laut.

thumb_1411-F7F49407-A948-B1EF-8C994B5290EBB896

Kesalahan #3: Membiarkan makanan mencair pada suhu bilik.

Mengapa: Kuman berbahaya boleh membiak dengan mudah dan cepat pada suhu bilik.

Penyelesaian: Cairkan makanan dengan mengubahsuai suhu peti sejuk, menggunakan air sejuk atau gelombang ketuhar.

shutterstock1719746421

Kesalahan #4: Mencuci daging.

Mengapa: Mencuci daging mentah boleh menyebarkan bakteria pada sinki, permukaan kaunter dan dapur.

Penyelesaian: Jangan cuci daging dan telur.

15897340157_8b1a84d5a1_o

Kesalahan #5: Membiarkan makanan terdedah pada suhu bilik sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.

Mengapa: Bakteria yang boleh menyebabkan keracunan boleh membiak dalam masa dua jam kecuali ia segera disimpan dalam peti sejuk.

Penyelesaian: Jangan biar makanan lebih dari dua jam sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk (atau sejam jika cuaca hari itu melebihi 32ÂșC).

BASIC_PIZZA_DOUGH

Kesalahan #6: Memakan doh belum dimasak atau lain-lain makanan yang menggunakan telur mentah sebagai bahan.

Mengapa: Telur mentah mungkin mengandungi Salmonella atau bakteria berbahaya lain.

Penyelesaian: Pastikan telur dimasak. Elak makanan mengandungi telur mentah atau kurang masak.

beef-back-ribs-marinating

Kesalahan #7: Membiarkan perapan daging atau makanan laut di luar peti sejuk.

Mengapa: Bakteria berbahaya pada daging atau makanan laut boleh membiak dengan cepat pada suhu bilik.

Penyelesaian: Pastikan makanan yang diperap disimpan dalam peti sejuk.

29656_grilled_paella_mixta

Kesalahan #8: Mencampur daging (atau makanan laut) sudah diperap pada makanan sedang dimasak.

Mengapa: Kuman pada daging atau makanan laut yang mentah boleh tersebar pada masakan.

Penyelesaian: Daging yang diperap hanya boleh dicampur dalam masakan jika ia dipanaskan dengan air mendidih terlebih dahulu.

finished-steak

Kesalahan #9: Daging, makanan laut dan telur tidak cukup masak.

Mengapa: Walau sudah dimasak makanan masih tidak selamat dinikmati jika suhu ketika memasak tidak cukup tinggi untuk membunuh kuman yang ada padanya.

Penyelesaian: Masak pada suhu betul atau gunakan termometer makanan untuk memastikannya.

o-WOMAN-WASHING-HANDS-facebook

Kesalahan #10: Tidak mencuci tangan dengan sempurna.

Mengapa: Kuman pada tangan boleh mencemar makanan yang dinikmati anda dan orang lain.

Penyelesaian: Cuci tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan. Jika tidak pasti tangan sudah benar-benar bersih, cuci sekurang-kurangnya 20 saat guna sabun, di bawah air mengalir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.