10 Senarai Filem ‘Box Office’ Paling Popular Pada Tahun 2017

Trending

10 Senarai Filem ‘Box Office’ Paling Popular Pada Tahun 2017

Kalendar 2017 telah pun selamat melabuhkan tirai mereka hampir sebulan yang lalu. Sebelum kita pergi ke fasa yang lebih mendalam bagi sesi 2018, inilah masa yang terbaik untuk melihat filem apakah yang berjaya memonopoli dan mengungguli pentas ‘box office’ dunia pada tahun lepas.

Selalunya carta ‘box office’ bagi domestik dan antarabangsa mungkin sedikit berbeza, namun ia tidak menjejaskan sedikit pun kedudukan filem-filem ‘box office’ ini.

Advertisement

Berikut merupakan Top 10 filem ‘box office’ yang berjaya pecah panggung bagi sesi tahun 2017 yang lalu.

10. “Justice League” — $635.9 million

Justice League menyambung kisah Batman vs Superman, di mana Superman telah mati dalam kejadian yang berlaku dalam filem tersebut. Kematian Superman telah memicu satu gerakan untuk menawan bumi oleh seorang yang bernama Steppenwolf.

Siapakah Steppenwolf?

Beliau ingin menggunakan kuasa 3 kotak “Mother Box” yang  disorrokkan oleh kaum Amazon, Atlantis dan manusia dalam peperangan terdahulu dengan Steppenwolf.

‘Mother Box’ ini, apabila digabungkan akan memusnahkan bumi dan mewujudkan satu landskap gelap seperti yang dimahukan Steppenwolf.

Menyedari ancaman tersebut, Bruce Wayne dan Wonder Woman berusaha untuk mencari dan menggabungkan tenaga para adiwira di bumi di bawah Justice League demi mempertahankan bumi tercinta.

9. “It” — $697.5 million

Umumnya seperti yang kita semua tahu, Warner Bros. tidak pernah menghampakan peminat filem seantero dunia kerana selalu sahaja berjaya menambat hati semua dengan karya-karya wayang terbaik.

Berkisarkan tentang seorang abang bernama Bill yang sangat mengasihi adiknya, Georgie.

Pada suatu hari, keseronokan akhirnya bertemu kesedihan apabila adik yang dibiarkan main berseorangan dalam hujan hilang tanpa jejak.

Dari situlah bermulanya pengembaraan Bill bersama rakan karibnya yang lain mencari jalan untuk merungkai misteri kehilangan ramai kanak-kanak di kawasan kejiranan kecil Derry daerah Maine, Amerika Syarikat yang berlaku setiap 27 tahun sejak dahulu.

8. “Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales” — $794.8 million

7. “Wonder Woman” $821.8 million

Apa yang menarik tentang filem terbaru dari DC ini? Rata-rata pengkritik filem memberi respon baik yang sangat baik tentang filem ini. Laman web Rotten Tomatoes pun turut beri rating permulaan 97% kepada filem ini.

Rating yang lebih tinggi dari filem terbaik DC, The Dark Knight. Ini sangat menarik kerana kami tidak begitu memberi harapan yang tinggi pun untuk filem ini.

6. “Thor: Ragnarok” — $841.8 million

ditanya secara peribadi kepada penulis tentang filem Thor yang kali pertama diperkenalkan kepada khalayak filem pada tahun 2011, jujurnya ia tidak berada dalam senarai filem adiwira kegemaran kami.

Bukan bermakna kami langsung tidak menyukainya, tetapi barangkali watak Thor itu sendiri tidak begitu dekat dengan diri kami jika hendak dibandingkan dengan watak adiwira yang lain.

Pun begitu, kami harus akui bahawa filem pertama Thor yang diarahkan oleh bekas calon Oscar, Sir Kenneth Branagh berada dalam kelas tersendiri dan memiliki sentuhan yang diperlukan untuk menghidupkan dunia Thor ke layar perak.

5. “Guardians of the Galaxy Vol. 2” — $863.5 million

GOTG Vol 2 jalan ceritanya mudah dan straight forward sahaja. Kalau anda tidak tengok yang pertama pun, anda akan masih boleh layan filem ini.

Cuma nanti anda akan tertanya-tanya asal usul Nebula, Yondu dan Thanos. Jadi anda kena tonton yang pertama untuk mengetahui bagaimana GOTG terbentuk dan mengetahui sejarah setiap watak dalam GOTG.

4. “Spider-Man: Homecoming” — $880.1 million

Spider-Man: Homecoming mencatatkan kejayaan luar biasa bukan hanya dari segi kutipan tiket tetapi respons serta kritikan positif daripada semua pihak.

Dari sudut pandang kami sendiri, Spider-Man: Homecoming adalah filem ‘but’ semula terbaik dalam pelbagai aspek yang kami anggap cukup relevan dengan senario masa kini.

3. “Despicable Me 3” — $1.03 billion

Despicable Me 3 mengenengahkan kisah bagaimana Gru baru mendapat tahu dia mempunyai saudara kembar, Dru Gru (suara juga oleh Steve Carrell) selain sub plot dia dan Lucy dipecat daripada agensi kerana gagal menangkap penjenayah yang dikehendaki, Balthazar Bratt (Trey Parker).

Lalu, pertemuan Gru dengan saudara kembarnya itu telah membuatkan mereka sebagai pasukan untuk meneruskan misi menangkap Balthazar yang dalam masa sama, mahu melunaskan dendam dan amarahnya sejak kecil dengan menghancurkan Hollywood.

Dalam masa yang sama, Lucy masih lagi berhadapan dengan tugasnya sebagai ibu kepada anak-anak angkat Gru iaitu Margo, Edith dan Agnes yang akhirnya membawa kepada pengakhiran yang bahagia buat mereka sekeluarga.

2. “The Fate of the Furious” — $1.23 billion

Ternyata, Fast & Furious 8 telah mencatatkan rekod luar biasa pada minggu pembukaannya di luar Amerika Syarikat (AS) terutama di China sekaligus memadamkan rekod dicipta oleh Jurassic World (2015).

Tetapi malangnya, untuk kutipan di AS sendiri, Fast & Furious 8 tidak mampu untuk mencatatkan rekod sama seperti Furious 7 yang paling tinggi dalam francais filem tersebut.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan kutipan Fast & Furious 8 tidak dianggap cemerlang dan salah satunya adalah premis cerita itu sendiri yang menyebabkan ramai berpendapat francais berkenaan perlu melakukan perubahan radikal untuk terus kekal relevan.

1. “Beauty and the Beast” — $1.26 billion

BATB merupakan filem animasi pertama yang pernah dicalonkan untuk Oscar bagi Filem Terbaik itu juga telah tersenarai antara filem terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang zaman.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...