10 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Hidup Tanpa HUAWEI Matepad Pro 5G Berbanding Tablet-Tablet Lain

Teknologi

10 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Hidup Tanpa HUAWEI Matepad Pro 5G Berbanding Tablet-Tablet Lain

Memang ramai yang telah jatuh cinta apabila melihat kecantikan serta kesempurnaan rekaan HUAWEI Matepad Pro 5G.

huawei matepad pro

meleleh air liur dibuatnya

Telah pun dilancarkan baru-baru ini, ada 10 sebab yang membuatkan anda tidak boleh hidup tanpa tablet tercanggih HUAWEI ini, berbanding tablet-tablet lain yang berada di pasaran. Setelah membaca 10 sebab ini, kami yakin anda pasti akan terus membeli HUAWEI Matepad Pro 5G di sini.

Advertisement

Tablet 5G pertama di Malaysia

huawei matepad pro

Tahukah anda bahawa HUAWEI Matepad Pro 5G adalah satu-satunya tablet yang menyokong capaian 5G di Malaysia? Ini bermakna anda boleh menggunakan Internet yang amat pantas apabila “online” menggunakan tablet ini. Makin syok la buat kerja, main game atau menonton drama kegemaran anda. Laju berdesup dengan Internet 5G kelak.

Ratio screen-to-body paling besar

Dengan 90% skrin memenuhi badannya, HUAWEI Matepad Pro 5G menjanjikan pengalaman maksima yang memuaskan, tanpa mengira apa jua jenis aktiviti. Untuk makluman, ratio screen-to-body iPad Pro 11 hanya 83.08% sementara Samsung Tab S6 pula cuma 82.50%. Memang banyak bezanya.

Dijana dengan Kirin 990

Apa guna ada tablet canggih tapi lembap macam siput kan? Ha, dengan HUAWEI Matepad Pro 5G ini anda tak perlu risau bab kelajuan. Ia dijana dengan HUAWEI Kirin 990, chipset terpantas dan terbaik untuk peranti 5G. Confirm tak ada sebarang “lagging” apabila anda bermain game kegemaran.

RAM & ROM Paling Power

huawei matepad pro

Apabila chipset Kirin 990 digandingkan dengan 8GB RAM dan 256 GB ROM, maka anda akan memiliki sebuah tablet yang TERBAIK di pasaran. Sebagai perbandingan, iPad Pro 11 cuma hadir dengan 2GB RAM & 64GB ROM, sementara Samsung Galaxy Tab S6 pula dengan 6GB RAM dan 128GB ROM. Memang HUAWEI Matepad Pro 5G jauh meninggalkan pesaing-pesaingnya.

Ada “reverse wireless charging”

huawei matepad pro

Satu lagi keistimewaan dan kecanggihan HUAWEI Matepad Pro 5G ini ialah ia mempunyai fungsi “reverse wireless charging”. Maksudnya anda boleh menggunakan tablet ini sebagai “charger” untuk mengecas telefon pintar anda. Memang serius nampak cool kan?

Fungsi HUAWEI Share Yang Mantap

huawei matepad pro

Satu lagi perkara yang kami gemari tentang peranti HUAWEI ialah kehadiran fungsi HUAWEI Share yang memudahkan perkongsian tablet dan telefon pintar HUAWEI anda. Sebagai contoh, sekiranya anda memiliki telefon HUAWEI P40 Pro+, dengan satu sentuhan sahaja anda boleh menyambungkannya ke skrin HUAWEI Matepad Pro 5G.

Anda boleh menghantar fail antara kedua-dua peranti ini dengan hanya “drag and drop”. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjawab panggilan telefon menggunakan HUAWEI MatePad Pro 5G selepas sambungan dilakukan. Fantastik kan?

Terbina dengan 4 Speaker Harman Kardon

huawei matepad pro

Buat mereka yang gemar melayan filem/drama, pilihlah HUAWEI MatePad Pro 5G sebagai medium tontonan anda. Selain daripada skrinnya yang besar, tablet ini turut dilengkapi dengan 4 speaker Harman Kardon, memberikan anda “feel” seolah-olah sedang menonton di dalam panggung wayang.

Panggilan Video Dengan HUAWEI MeeTime

Semenjak PKP ini memang ramai yang mula bekerja dari rumah. Maka makin ramailah yang turut mula menggunakan panggilan video untuk bermesyuarat.

Wajah anda terpampang secara High Definition apabila menggunakan HUAWEI MatePad Pro 5G kerana ia memiliki applikasi HUAWEI MeeTime, sekaligus memastikan boss anda tidak melupakan wajah kacak/jelita anda.

Kerja pun jadi makin mudah sebab anda akan nampak kesemuanya dengan lebih jelas.

Boleh guna macam PC

huawei matepad pro

Paling best, jika anda ingin meningkatkan produktiviti dan tahap effisiensi, anda juga boleh membeli Smart Magnetic Keyboard dan M-Pensil. Kepada anda yang jenis suka buat kerja di komputer, memang sesuai sangatlah 2 aksesori ini. Sangat-sangat memudahkan.

Hadiah PERCUMA

huawei matepad pro

Last but not least, macam-macam hadiah PERCUMA menanti apabila anda membeli HUAWEI MatePad Pro 5G ini. Nak lagi best, kalau anda beli Smart Magnetic Keyboard yang berharga RM499 ini, anda juga akan mendapat M-Pensil secara PERCUMA!

Tak cukup menarik lagi? Anda juga dapat 3 bulan akses premium percuma HUAWEI Video di mana anda boleh menonton lebih 300 video dalam pelbagai kategori seperti sukan, pelajaran dan hiburan. Best kan?

huawei matepad pro

Sebagai kesimpulannya, buat masa ini tiada tablet lain di Malaysia yang mampu menandingi kehebatan HUAWEI Matepad Pro 5G dari segi harga, kepantasan, keselesaan dan pengalaman penggunaan. Sekiranya anda sedang mencari sebuah tablet, ini adalah pilihan yang TERBAIK. Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi Huawei 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...