10 Rahsia Sisi Gelap Disebalik Dunia Seni Artis Kpop Yang Tidak Ramai Tahu

Trending

10 Rahsia Sisi Gelap Disebalik Dunia Seni Artis Kpop Yang Tidak Ramai Tahu

Tidak dinafikan bahawa ramai artis-artis Korea aka kpop ‘tumbuh bagai cendawan selepas hujan’ kerana lagu2 juga lakonan dan penampilan mereka sangat digilai ramai.

Kalau peminat Malaysia pergi menonton konsert artis Korea, macam mana sebenarnya keadaan mereka? Tidak lain tidak bukan pastinya terjerit-jerit macam kera kena belacan terutamanya pada mereka yang terlalu fanatik.

Advertisement

Apa yang mengejutkan, hingga ada yang sanggup pegang poster jika artis kpop mereka mati sebagai tanda menunjukkan kesedihan kehilangan besar artis kegilaan ramai itu dalam seni kpop.

Kegemilangan artis-artis kpop ini semua orang tahu tetapi ramai juga yang tidak tahu disebalik dunia popular mereka kecapi ini sebenarnya adalah dunia yang penuh kepura-puraan dan sengsara serta menderita hanya kerana mengejar dunia glamour.

Mengejutkan? Teruskan bacaan anda..

Mereka sebenarnya turut menjadi mangsa eksploitasi termasuk dipergunakan oleh golongan-golongan tertentu. Tidak hairanlah ada yang sanggup bunuh diri.

Kadangkala bukan kerana menghadapi masalah cinta atau pengambilan dadah tetapi tekanan-tekanan yang melampau inilah membuatkan ramai orang luar dan peminat mereka tak tahu keadaan yang sebenarnya.

Ehhh..

Apalah sebab nya aku up topik ni?

Ni bukan hantu. Kalau nak tahu baca je. Kalau taknak aku pun tak kisah. Aku pun minat korea tapi tidaklah sampai fanatik pegang poster dorang. wuuuu..annyooo!

10 Rahsia Sisi Gelap Disebalik Dunia Seni Artis Kpop..

1.’Haters’ cuba membunuh mereka

Bintang K-pop tidak hanya mempunyai peminat, malah musuh haters pun ramai yang hanya mahu melihat karier mereka musnah dan mati, selain menulis komen2 menyakitkan hati di sosial media.

Terdapat satu kes haters kepada artis kpop Yunho cuba meracun artis itu dengan letak pelekat racun dalam minumannya hinggakan ia trauma kerana pengsan masuk hospital.

Paling teruk kes berlaku adalah keatas pemuzik Korea, Daniel Lee, alias Tablo, haters dikatakan telah memusnahkan kariernya hanya kerana beritahu tempat dia belajar.

Dia beritahu yang dia memperolehi pendidikan masternya di Universiti Stanford, namun haters tidak percaya dan viralkan yang Lee seorang pembohong.

Lee cuba menenangkan mereka dengan menunjukkan sijil dia namun masih ada yang tak percaya.

Konspirasi liar mula mengatakan bahawa dia telah mencuri identiti graduan Stanford lain, dan berita tersebut betul2 mengundang tekanan buat dirinya.

Dengan ditambah komen2 ancaman di media social hinggakan ada yang menyatakan ibunya seorang pelacur. Oleh kerana sangat tertekan dia terus bersara dalam bidang seni kpop.

Dalam satu temubual kepada media, dia memberitahu wartawan yang dia terpaksa berbuat begitu kerana risaukan keluarga, isteri dan anaknya. Tak mustahil nyawa mereka juga terancam kerana fitnah haters ni.

2. Peminat fanatik upah ‘sasaeng’ (driver teksi) intip artis kesayangan

Jika korang rasa menyanyi membuatkan bintang2 kpop ni popular namun tak bagi artis2 kpop ni, mereka tak selesa dengan keadaan ini.

Kerana peminat kpop bukan peminat biasa macam artis Malaysia dengan menyokong sekadar membeli album, peminat kpop ni sebenarnya sangat fanatik dan gila.

Jadi ini juga masalah tekanan bagi artis-artis kpop.

Terdapat kes dimana peminat bintang kpop mengupah pemandu teksi yang digelar ‘sasaeng’ dengan jumlah wang yang banyak bagi mengintip kemana saja artis kesayangan mereka pergi dan dengan siapa.

Kadangkala perkara ni sangat membahayakan kerana ada juga yang sanggup mengupah orang meletakkan kamera tersembunyi dalam kereta artis kesayangan mereka supaya dapat merakam apa saja yang dilakukan pada hari itu.

Ada juga seorang peminat fanatik artiskpop korea ceroboh rumah artis lelaki itu semata hendak curi seluar dalam je untuk dijadikan kenangan.

Cerita paling pelik pernah dilalui adalah dari kumpulan JYJ.

Mereka menceritakan yang mereka pernah dapat surat berdarah peminat fanatik yang menulis surat itu dengan darah period dia.

Geli dan sangat menjijikkan. Tetapi itulah keadaan yang terpaksa artis korea tanggung. Jadi keadaan ni mengundang mental bukan keseronokan.

3. Rasuah juga penyumbang keuntungan

Memeras ugut artis dibawah kelolaan pengurus bukanlah satu cara untuk mereka mengaut keuntungan malah merasuah pihak lain juga salah satu daripada cara yang dikatakan masyuk peroleh duit yang banyak.

Kadang agensi nyanyian sogok rangkaian tv radio media ni semua bagi menjadikan lagu artis mereka hit padahal tak la popular sangat pun.

Di Korea Selatan, ia hanya sebahagian daripada perniagaan.

Seperti yang dikatakan oleh seorang eksekutif, “Menyuap adalah pemasaran. Dengan rasuah sejumlah kecil wang, anda mendapat pulangan yang besar”

Pernah terdapat kes agensi ditangkap kerana merasuah media berjuta-juta dolar dan naik mahkamah turun beberapa kali tetapi kes itu tiada pun selesai. Tergantung macam tu sahaja.

4. Blackmail artis mereka

Kadangkala artis kpop sebenarnya boleh je mengurus diri sendiri tanpa bantuan pengurus yang mengenakan kontrak yang membebankan.

Namun ada yang terus setia dengan pengurus mereka kerana rahsia buruk masing-masing.

Pernah terdapat kes seorang pengurus artis kpop mendapati salah seorang artis dibawahnya adalah seorang homoseksual aka kunyit.

Jadi dia mengupah seorang lelaki kacak kunyit menggoda artis itu dengan letakkan kamera tersembunyi merakam segala perlakuan seks sonsang mereka.

Kemudian dia menghantar video itu kepada ibu bapa lelaki artis itu dan mengancam untuk viralkan video tu kepada orang ramai kecuali mereka membayarnya dengan sejumlah wang sehingga $500,000.

Pernah juga berlaku kepada bintang kpop Baek Ji Young dimana pengurusnya memerangkap dia dengan mengugut akan viralkan video skandal seksnya di sosial media jika berani menukar atau menamatkan kontrak.

Sebab itulah dia bertahan bertahun-tahun dengan pengurusnya.

Hinggalah satu hari Baek cuba mendakwa pengurusnya namun dia sangat licik hingga berjaya melarikan diri ke AS. Apabila ditangkap ternyata dia juga mempunyai rekod jenayah lain seperti merogol.

5. Menjalani latihan Boot Camp umpama hamba?

Selama sepuluh tahun atau lebih menghabiskan masa di bootcamp bukan sesuatu yang menyeronokkan tetapi sangat menyeksakan umpama hidup dalam kem tahanan yang dilatih seperti hamba.

Bintang kpop ini dilarang bersosial semasa menjalani latihan. Jadi telefon bimbit dan berpasangan tidak dibenarkan.

Sekiranya mereka mahu menjalani kehidupan sosial, mereka perlu hasilkan album meletup popular dulu. Walaupun mereka diajar menyanyi dan menari, mereka juga umpama pekerja yang tiada dibayar gaji.

Menurut pengalaman seorang penyanyi yang dipanggil Jo Kwon memberitahu media bahawa ketika dia berada di kem dia dipaksa membuat kopi jadi pembancuh air kepada pekerja syarikat rakaman dan kerja lain yang tiada kaitan contohnya berus lantai cuci tandas menyapu dan sebagainya.

6. Bintang K-Pop tak mewah dengan duit seperti yang digambarkan

Kalau dah popular ramai peminat mestilah banyak duit kan? Hakikatnya tak dan mereka sengsara.

Ia pernah berlaku kepada salah seorang bintang group kpop yang femes contohnya ‘Girls Generation’ yang bercerita yang dia terpaksa menghabiskan masa 11 tahun di kem latihan bootcamp sebelum dapat memegang dan merasai duit hasil titik peluh sendiri.

Ada juga group yang langsung tak merasai wang hasil persembahan mereka contohnya kumpulan yang dipanggil Block B mendedahkan bahawa pengurus agensi mereka tidak membayar mereka lebih dari satu tahun.

Jadi mereka terpaksa menagih ihsan ibu bapa masing-masing supaya menanggung mereka malah terpaksa membayar kepada agensi bagi segala kos dibootcamp yang dianggarkan sebanyak $ 65,000.

Dan setakat ini, mereka tidak pernah merasa mewah dengan persembahan yang dibuat. Sekiranya seorang penyanyi ingin mencari duit sendiri nak mewah sendiri, mereka biasanya perlu melakukan perkara yang tidak digemari.

Contohnya kumpulan kpop Stellar bercerita yang mereka terpaksa ikat perut berkongsi makanan dengan 4 orang ahli lain semata nak jimat duit buat video clip sendiri.

Dan mereka juga buat video klip aksi erotik atau aksi extreme supaya peminat lebih suka. “Jika kami tak buat macam ni, orang tak tahu pun kami ada album baru”

7. Wajib menjalani plastik surgery seperti termaktub dalam kontrak

Selain terpaksa berpegang kepada kontrak nyanyian beberapa tahun dan kontrak hamba lain, setiap artis kpop perlu jalani pembedahan plastik supaya sentiasa cantik dan hensem serta digilai dan ramai peminat.

Jika rupa dah ok pun perlu naik kan hidung atau bundarkan mata yang sepet.

Minor atau major plastik surgery tak kisah asalkan boleh kelihatan menyerlah serta digilai peminat. Memang kita semua tahu Korea dan pembedahan plastik berpisah tiada hinggakan ada yang bukan artis kpop pun sanggup buat.

Bagaimanapun, bintang K-pop yang bercita-cita tinggi yang ingin cepat popular kadangkala mereka dah sedia cantik dan kacak pun dipaksa buat surgery kerana terikat dengan kontrak.

8. Didera secara seksual sebelum menjadi bintang terkenal

Walaupun bintang kpop sangat berpotensi menyinar dalam industri nyanyian dan lakonan, mereka harus dilatih dibootcamp yang memaksa mereka menyerah diri menjadi hamba seks coach yang melatih.

Dah lah terpaksa melayan nafsu seks pengurus sendiri, ada juga yang didera secara seksual oleh pelatih bootcamp tu sendiri.

Salah seorang kes pelatih paling jahat pernah ditangkap dulu ialah coach Jang Suk-woo, seorang jurulatih khas bakat di Open World Entertainment.

Jang adalah seorang pelatih yang ditugaskan oleh syarikat hiburan kpop untuk melatih bintang kpop yang telah di ‘short listed’ supaya menjalani latihan di bootcamp.

Lebih 20 orang artis kpop telah melaporkan salah laku pelatih itu kepada pihak polis dan mendakwanya atas tuduhan merogol semasa dibootcamp tempat mereka menjalani latihan termasuklah kanak-kanak juga turut menjadi mangsanya.

Jang dikatakan menghayalkan mangsa dengan meletakkan dadah dalam minuman gadis-gadis dan merogol mereka apabila tidak sedarkan diri.

Dia juga mendera dengan memerintahkan budak-budak lelaki supaya merogol gadis-gadis itu sambil disaksikan olehnya melalui cctv.

Jang akhirnya dipenjarakan tapi itu hanya satu syarikat dan sebenarnya banyak lagi kes-kes lain tidak didedahkan oleh syarikat rakaman lain.

Dilaporkan 34 peratus wanita dalam dunia hiburan Korea mengakui telah mengalami perkara yang sama tetapi kebanyakannya tidak berani bersuara kerana takut karier dan populariti mereka hancur.

Jang yang didedahkan sebagai coach syaitan itu pun kerana mereka telah dijanjikan pelbagai janji manis dibootcamp tetapi tidak dikotakan oleh pengurus masing-masing.

9. Jadi hamba seks kepada VIP

Jika korang bersesak-sesak pegang poster bersedih di atas kematian bintang kpop korang tu, dia bukanlah satu-satunya bintang yang bunuh diri tau. Ramai lagi sebenarnya.

Pada tahun 2009, seorang pelakon Korea bernama Jang Ja-yeon didapati mati di apartmennya.

Dia membunuh diri dan menurut nota bunuh diri yang ditinggalkan.

Dia tidak dapat meneruskan kariernya kerana tertekan dengan kontrak “gila” yang dibuat pengurus memaksanya melayan orang vip dan kenamaan jika khidmat seksnya diperlukan.

Jika menolak dan dedahkan tentang perbuatan tu, kariernya dan popularitinya akan musnah.

Semasa berita kematian mengejut itu diterima, polis terus menyerbu pejabat agensi pengurusnya dan mendapati di tingkat tiga bangunan itu terdapat sebuah bilik khas digunakan untuk business ‘perkhidmatan seks’ secara rahsia.

Umpama bilik pelacuran khas untuk memberi perkhidmatan kepada VIP dan orang kenamaan bila-bila sahaja yang mereka mahu.

Bukan golongan vip saja malah sesiapa saja boleh termasuk orang politik yang kaya, ahli perniagaan yang mampu melaburkan wang mereka ke arah memajukan syarikat pengurus syarikat rakaman tu.

10. Tandatangan ‘kontrak hamba’ selain kontrak nyanyian dan lakonan

Bintang pop Korea tidak hanya menandatangani kontrak untuk merakam album atau filem tetapi ada lagi satu kontrak digelar ‘kontrak hamba’ kepada pengurus syarikat rakaman mereka.

Selalunya yang jadi artis bukannya serta merta diterima menyanyi dan terus rakam album tak macam tu. Mereka harus jalani latihan boot camp bagi mengasah lagi skill2 nyanyi.

Jika seseorang kanak-kanak telah pun dikenal pasti berpotensi menyanyi dan bakal popular, kanak-kanak itu harus menandatangani kontrak beberapa tahun bermula umur 10 tahun hinggalah dewasa.

Mereka juga perlu membayar kepada agensi selama 10 tahun semasa dibootcamp latihan dijalankan bagi kos-kos lain seperti pelatih, makan, minum dan lain-lain.

Dan tidak ada jalan lain nak lari atau keluar dari perkara ini.

Jika bintang kpop cuba membatalkan kontrak, mereka perlu bayar balik semua kerugian 3 kali ganda dengan bayaran yang selalunya mereka dapat.

Kredit : Misteri Alam de Paranormal 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...