10 Program Terbaik Di Netflix Untuk Anda Tonton Di Rumah Selama Dua Minggu Ini

COVID-19

10 Program Terbaik Di Netflix Untuk Anda Tonton Di Rumah Selama Dua Minggu Ini

Bermula esok, rakyat Malaysia akan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga akhir bulan ini. Kebanyakan kawasan awam juga bakal ditutup untuk mengehadkan pergerakan orang ramai. Maksudnya, rakyat Malaysia akan menghabiskan masa di kediaman masing-masing sepanjang tempoh itu.

Baca: Perdana Menteri Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 Mac Sehingga 31 Mac Ini

Advertisement

Bagi mengisi masa terluang di rumah, pasti ada yang memilih untuk memanfaatkan masa yang ada dengan menonton filem-filem yang ditayangkan di aplikasi Netflix. Untuk yang tak tahu nak menonton filem apa, kami senaraikan filem, siri dan program terbaik yang boleh ditonton di Netflix.

To All The Boys 2: P.S. I Still Love You

Filem sekuel kepada To All The Boys I’ve Loved Before ini sememangnya antara filem romantik yang berjaya mencetuskan fenomena terutamanya dalam kalangan penonton wanita. Filem pertama dikeluarkan pada tahun 2018 ini menemui sambungannya kali ini pada bulan Januari yang lalu. Anda boleh saksikan sambungan kisah cinta Lara Jean di dalam sekuel terbaru kali ini.

Marriage Story

Bersedia untuk menangis bersama pasangan anda? Filem pencalonan Oscars ini dibintangi oleh dua bintang Hollywood Scarlett Johansson dan Adam Driver. Filem bergenre drama ini mengangkat isu penceraian yang berlaku di dalam sesebuah keluarga. Yang pastinya, filem ini pasti akan memberikan perspektif baru pada anda tentang istilah sebuah perkahwinan.

Babies

Siri dokumentari ini baru sahaja ditayangkan di Netflix pada bulan Februari yang lalu. Mengisahkan mengenai kehidupan bayi yang baru dilahirkan, mereka menjalankan pemerhatian pada 15 bayi dalam masa satu tahun. Saksikan bagaimana mereka merungkai misteri di sebalik kehidupan bayi pada tahun pertama mereka.

Dirty Money 2

Dokumentari musim kedua Dirty Money kali ini mendedahkan tentang skandal yang terpalit, penyelewengan kewangan dan rasuah dalam perniagaan. Musim terbaru kali ini turut menampilkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan tentang skandal 1MDB.

I Am Not Okay With This

Filem coming of age ini merupakan adaptasi dari sebuah komik yang ditulis oleh Charles Forsman. Menampilkan Sydney, sebagai gadis yang sedang berhadapan dengan konflik dalam kehidupan remajanya yang kemudian ditemukan dengan sebuah kuasa luar biasa.

Unbelieveable

Mini-series ini merupakan adaptasi daripada sebuah kejadian sebenar yang berlaku di mana seorang gadis yang melaporkan dia telah dirogol namun dia dituduh membuat laporan palsu. Kejadian sebenar akhirnya berjaya dibongkar apabila dua detektif wanita membantu menyiasat kes ini.

Kingdom 2

Bagi peminat drama dari Korea Selatan pastinya tahu tentang drama zombie pada zaman Joseon ini. Musim kedua baru sahaja kembali pada awal bulan ini di mana putera raja kembali ke istana bagi mencari punca sebenar penyakit tersebut. Bagi peminat drama dan filem zombie, ini pastinya pilihan sesuai untuk anda layan selama dua minggu ini.

The Disappearance of Madeleine McCann

Dokumentari ini membawakan kisah penculikan kanak-kanak paling dahsyat yang pernah berlaku dalam sejarah. Kanak-kanak berusia 3 tahun ini hilang semasa bercuti semasa keluarganya dan sehingga kini masih belum dijumpai. Anda boleh baca kisah selanjutnya pada pautan di bawah.

Baca: Di Mana Madeliene? Kisah Kanak-Kanak Hilang Paling Kontroversi Sehingga Kini

Miss Americana

Bagi peminat Taylor Swift, jangan lupa saksikan kisah di sebalik kehidupan glamour penyanyi ini menerusi dokumentari Miss Americana. Dokumentari yang baru ditayangkan pada Januari lalu mendedahkan sisi lain penyanyi tersebut yang tidak diketahui umum.

Pandemic

Mungkin ini adalah waktu terbaik untuk anda menonton dokumentari tentang perang wabak influenza yang pernah melanda dunia satu ketika dahulu. Dokumentari ini baru sahaja ditayangkan pada Januari lalu dan menampilkan enam episod berdurasi 45 minit setiap satunya.

Ada banyak lagi program menarik yang boleh ditonton di Netflix untuk anda menghabiskan masa di rumah. Bagi yang tidak mempunyai akaun Netflix, tahukah anda Netflix kini ada menawarkan pelan serendah RM17 sahaja sebulan? Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Kini Anda Boleh Menonton Netflix Di Telefon Pintar Pada Harga Langganan RM17 Sebulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...