10 Peserta Bukan Warganegara Sertai Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa 2011 Malam Ini

10 Peserta Bukan Warganegara Sertai Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa 2011 Malam Ini

Selepas kejayaan Malam Inspitari 2011 dan No Wrong Notes, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) terus rancak menganjurkan satu lagi acara iaitu Pertandingan Akhir Lagu Melayu Antarabangsa 2011 yang bakal berlangsung malam ini.

Menurut Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli, pertandingan yang pertama kali dianjurkan itu sebagai salah satu cara bagi memartabatkan bahasa kebangsaan selain mengekalkan khazanah budaya negara.

Advertisement

Selain mengiktiraf bahasa Malaysia sebagai perhubungan rasmi di persada dunia melalui pembudayaan bahasa, pertandingan ini juga diadakan bagi mengembangkan populariti lagu Melayu ke luar negara.

Kami juga berharap ia dapat membuahkan hasil yang baik serta dapat melahirkan rakyat Malaysia yang sayang akan bahasanya sendiri.

Tidak mustahil, kehebatan bahasa Malaysia ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka boleh kembali di pada zaman ini, lebih-lebih lagi jika pihak kerajaan menggiatkan usaha ke arah memartabatkan bahasa ibunda kita.

Menariknya, pertandingan ini hanya terbuka kepada peserta bukan warganegara dan ia mendapat maklum balas positif daripada warga asing yang terdiri daripada pekerja kedutaan dan suruhanjaya tinggi, perwakilan negara luar termasuklah yang sedang berkhidmat di sektor swasta serta kakitangan dan pelajar pusat pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS).

Difahamkan, lebih 60 warga asing yang menetap di sini mencuba nasib pada peringkat saringan yang berlangsung pada 26 November lalu.

Bagaimanapun hanya 10 peserta bertuah sahaja yang berjaya melangkah ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri, pukul 8 malam. Berikut ialah senarai peserta:-

Tempat pertama kategori lelaki dan wanita akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000, piala pusingan dan sijil mana kala pemenang tempat kedua akan menerima wang tunai RM 8,000 dan bagi tempat ketiga pemenang akan menerima wang berjumlah RM 6,000.

Selain itu, pemenang hadiah saguhati pula akan membawa pulang wang tunai RM 1,000. Begitu juga dengan Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik, setiap pemenang kategori berkenaan akan menerima wang tunai berjumlah RM 1,000.

Sedikit snippet warganegara luar ini menyanyi boleh ditonton di sini. Memang menarik sekali!:-

Anda dijemput untuk hadir beramai-ramai ke Auditorium Perdana, Angkasapuri malam ini, pukul 8.00 malam atau tonton secara live di TV1. Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim. Turut membuat persembahan ialah Dato’ M. Nasir, Rahim Maarof dan Najwa Latif.

Artikel via Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...