Whatsapp ialah peneraju gelombang aplikasi permesejan berasaskan telefon pintar yang hangat di Amerika Utara, Asia dan Eropah. Fungsi utama Whatsapp dikekalkan untuk penghantaran mesej berasaskan teks, manakala aplikasi lain seperti Line dari Jepun dan WeChat milik Tencent Holdings Ltd menawarkan permainan dan e-perdagangan disamping ciri mesej yang popular.
Facebook membeli aplikasi WhatsApp, perkhidmatan mesej yang berkembang pesat pada harga lebih daripada $16 bilion dalam bentuk tunai dan saham.
Namun, Facebook dan WhatsApp tetap akan beroperasi dan mempunyai ahli lembaga bersasingan. WhatsApp juga mempunyai 450 juta pengguna aktif setiap bulan.