Thailand salah satu destinasi percutian paling menarik di dunia. Bukan itu je, Thailand kaya dengan budaya, adat serta banyak tempat cantik anda boleh kunjungi.
Bila sebut je Thailand, mesti ramai yang suka melancong ke Krabi kerana tempatnya yang cantik.
Jika anda merancang untuk ke Thailand buat pertama kali, anda kena tahu 10 tips penting sebelum ke sana. Takdelah nanti tertipu dan sebagainya.
1. Hati-hati dengan makanan di jalanan
Makanan di sana memang awesome dan memang rasa nak lagi. Tapi hati-hati dengan tahap kebersihan di sana takut-takut anda keracunan makanan pula nanti.
2. Orang tidak akan beratur di Thailand
Orang di sana memang tak beratur. Macam budak sekolah berebut nak beli makanan di kantin. So, kalau anda berdiri je untuk dapatkan sesuatu, memang sampai esok pun tak dapat apa-apa.
3. Jangan lupa ke Pasar Terbuka
Bila melancong kita akan tawar menawar. Jangan lupa ke Pasar Terbuka kerana anda boleh dapatkan barang dengan harga yang sangat rendah, sampai anda sendiri pun terkejut.
4. Makan hanya menggunakan sudu
Di Thailand, anda dilarang untuk makan menggunakan garpu. Ia dianggap kurang ajar dan tidak sopan. Garpu hanya digunakan untuk menolak makanan ke sudu sahaja.
5. Berhati-hati dengan sindiket penipuan
Anda perlu berhati-hati. Ramai pelancong dah terkena. Berhati-hati dengan orang asing yang terlalu mesra. Pastikan harga teksi terlebih dahulu sebelum menaikinya.
6. Hormat dengan adat setempat
Adat di Thailand, anda tidak boleh menyentuh mereka di kepala kerana ia bahagian tubuh badan yang paling suci. Jangan tunjukkan sesuatu dengan menggunakan kaki. Hormati mereka dan anda akan dilayan dengan baik.
7. Gunakan pengangkutan awam
Kereta api adalah pengangkutan paling murah dan mudah jika anda di Bangkok. Peta yang tertera juga sangat memudahkan anda, serta sistem token yang sangat memuaskan.
8. Bawa pencegah serangga setiap masa
Rasanya korang tahu kot di Thailand memang banyak nyamuk. Bawa penghalau serangga setiap masa kalau anda tidak mahu digigit. Silap-silap anda balik Malaysia banyak kesan love bite.
9. Orang tempatan di sana memang ramah
Walaupun banyak sindiket penipuan di sana, namun orang tempatan di sana sangat murah dengan senyuman. Apa yang pasti mereka sangat peramah dan mulut manis.
10. Nak minum apa?
Kalau disana, air apa yang anda akan minum? Pastikan anda minum air yang sudah dibotolkan. Sebab apa? Korang tahu kan tahap kebersihan di sana memang out!
Moga tips ini dapat beri panduan untuk korang yang nak ke Thailand. Share dengan kawan-kawan korang yang lain.