10 Perkara Anda Boleh Pelajari Secara Dalam Talian Sepanjang Tempoh PKP Ini

Kehidupan

10 Perkara Anda Boleh Pelajari Secara Dalam Talian Sepanjang Tempoh PKP Ini

Pembelajaran secara dalam talian atau bekerja dari rumah adalah sesuatu yang hebat dan cool untuk dilakukan. Anda dapat merancang hari anda secara bebas dan dapat mengunyah makanan pada bila-bila masa yang menyenangkan anda. Walau bagaimanapun, anda pastinya terlepas saat-saat ketawa bersama rakan-rakan dan rakan sekerja yang lain.

Lama-lama perkara tersebut membosankan kerana anda tidak mempunyai teman borak selain ahli keluarga yang terdekat. Jika anda memang mencari jalan untuk membuang kebosanan yang semakin melanda, beberapa cadangan yang dinyatakan boleh melepaskan anda daripada cengkaman bosan di rumah. Berikut adalah 10 aktiviti yang menyeronokkan dan kreatif yang anda boleh belajar dalam talian secara percuma. Bersedia dan selamat meneroka!

Advertisement

1. Hasilkan barang kraf 

barang kraf DIY

Membaca buku teks atau merenung masa hadapan di depan komputer riba anda boleh meletihkan mata dan minda. Itulah sebabnya anda perlu perlahan-lahan mencuba beberapa kraf DIY. Mungkin latihan membuat sesuatu yang kreatif akan membantu menimbulkan idea bernas untuk tugasan anda.

Tidak mengapa jika anda tidak pernah mencuba sebarang kerja kreatif sebegini, internet menyediakan ruang yang sangat luas untuk anda menemui laman web yang boleh membimbing anda. Dari kraf jurnal hingga menjahit, anda boleh pelajari secara percuma.

2. Belajar memetik gitar

gitar

Ramai yang melakukan rutin pergi ke gym sebagai salah satu cara mengekalkan kesihatan di samping memenuhi jadual kehidupan masing-masing. Tetapi rutin tersebut terpaksa dihentikan seketika. Bagaimana kalau anda bernyanyi sambil diiringi dengan petikan gitar?

Ambil kembali gitar anda yang sudah sepi ditinggalkan di hujung sudut bilik dan mulakan menggilap bakat dan mempelajari gitar. Banyak video yang mengajar asas-asas gitar yang anda boleh tonton dan ikuti pembelajaran secara dalam maya tanpa mengeluarkan sebarang kos yuran kelas muzik.

3. Kuasai kemahiran mengambil gambar

makanan

Kemahiran ini pastinya akan digilai oleh semua orang terutama perempuan yang suka menggunakan #igers dalam perkongsian mereka di Instagram. Mengambil gambar hidangan makanan yang penuh estetik adalah situasi normal yang kita tonton di mana-mana. Lagi-lagi jika kafe tersebut mempunyai rekaan dalaman yang memukau.

Ketika di rumah anda akan mempunyai banyak masa untuk menonton tutorial mengambil gambar dengan telefon bimbit dan juga teknik menyunting gambar yang mudah untuk golongan yang bukan tergolong dalam jurugambar profesional. Anda tidak perlu mengikuti kelas fotografi yang harga beribu ringgit untuk yuran.

4. Tingkat keupayaan pelajari bahasa asing

bahasa asing

Untuk mereka yang telah membatalkan percutian di luar negara, jangan terus bersedih. Ada sebab mengapa percutian anda perlu dibatalkan. Untuk mengubat perasaan kecewa ini tidak salah sekiranya anda mempelajari bahasa asing secara dalam talian. Peminat kpop pastinya akan memanfaatkan segala pengetahuan dalam menaip kata kunci di internet dan menambah pengetahuan bahasa asing mereka.

Selepas habis tempoh kuarantin, tiba-tiba anda boleh menonton filem tanpa sarikata terjemahan. Bukankah itu satu kebanggaan yang anda boleh kecapi! Yang penting anda tahu bagaimana tahap anda untuk menguasai bahasa asing tersebut. Kira-kira terdapat lebih 25 jenis bahasa yang anda boleh pelajari.

5. Tonjolkan sifat ‘chef’ dalam diri anda

mengadun bahan

Saat bereksperimentasi di dapur akan tiba sekiranya anda melihat peti ais dipenuhi dengan pelbagai jenis barang masakan. Ini belum dilihat menerusi Facebook, Twitter dan Instagram masing-masing mahu menunjukkan masakan yang disediakan sepanjang tempoh kuarantin ini. Tanpa sedar, anda juga tidak mahu kalah dalam pertarungan masakan yang diisytiharkan.

Kalau tak ada idea, anda boleh cuba Sagu Gula Melaka. Tak tahu nak buat macam mana? Tengok video ini.

6. Main lukis-lukis

lukis komik

Siapa kata lukis gambar haiwan sesuatu yang mudah? Cuba anda lukis seekor kucing dan tunjukkan kepada kanak-kanak kecil untuk diberi markah. Pasti anda akan berhenti untuk melukis gambar kucing selepas itu.

Anda tidak keseorangan, jadi rebut peluang yang ada untuk mengasah bakat lukisan anda dan buatkan anak-anak anda kagum dengan lukisan comel yang diminta mereka. Platform Youtube terutamanya banyak menunjukkan langkah demi langkah melukis karakter kartun kegemaran dengan langkah yang mudah.

7. Bercita-cita untuk menjadi seorang pemain piano

piano

Perkara asas yang anda boleh pastikan sebelum mempelajari piano ialah dengan mengetahui piano mempunyai 36 kekunci hitam dan 52 kekunci putih. Selepas itu anda boleh bertenang dan mencari guru piano alam maya anda. Secara kasarnya terdapat lebih 1500 video yang mengajar cara bermain piano dengan betul termasuk juga pembelajaran teori.

8. Tingkatkan pengetahuan IT

komputer riba

Tidak dinafikan penggunaan teknologi menjadi sesuatu yang amat penting dalam tugas kita. Sangat digunakan sekiranya anda berkerja dalam bidang kreatif. Setiap daripada kita disarankan untuk memenuhi permintaan pengetahuan teknologi maklumat.

Anda perlu mempersiapkan diri anda dengan pengetahuan pelbagai perisian terkini yang boleh membantu melancarkan lagi hasil kerja anda. Ini juga anda boleh lakukan secara dalam talian. Tanpa memerlukan orang disebelah anda untuk mengajar, anda mampu untuk memahami sedikit sebanyak kemahiran baru yang dipelajari.

9. Mulakan untuk mereka bentuk

instagram layout

Reka bentuk adalah perkataan yang sangat luas maksudnya. Bermula reka bentuk dalam bidang fesyen hinggalah ke perancangan reka bentuk lantai. Tetapi bukanlah anda perlu mempelajari sesuatu yang memeningkan kepala.

Cukup sekadar anda mampu menyunting dan menggilap kemahiran anda menyusun perkongsian gambar di Instagram. Ini bukan kerja yang mudah. Kemahiran kreatif yang tinggi diperlukan agar sesiapa yang melawat ke akaun anda akan tertarik untuk melihat berulang kali.

10. Tingkatkan tahap pengetahuan

Akhir sekali dalam senarai aktiviti yang diberikan, anda boleh belajar secara dalam talian adalah melakukan apa sahaja. Baiklah, ada kalanya ketika di rumah kita sering terjebak ditanya dengan pelbagai jenis soalan seperti bagaimana untuk memperbaiki kipas yang patah atau bagaimana untuk menghilangkan jerawat. Jika anda seorang yang sedang mencari laman web yang mampu menjawab kesemua soalan ini, sudah pasti hanya di wikiHow.

Ini merupakan sedikit daripada perkara baru yang anda boleh pelajari hanya dengan mempunyai capaian internet di rumah. Jangan terlalu ikutkan perasaan bosan anda yang tidak boleh keluar rumah. Inilah peluang yang terbaik untuk mengetahui kemahiran apa yang sesuai dengan diri anda. Selepas ini mungkin anda boleh mengejutkan rakan anda dengan kemahiran baru yang anda ada.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...