10 Perkahwinan Paling Glamer 2009

Hiburan

10 Perkahwinan Paling Glamer 2009

Tahun 2009 dah nak sampai ke penghujungnya jua. Tinggal lebih kurang 15 hari jer lagi. Sedih pun ada, gembira pun ada. Ramai jugak artis-artis yang telah mendirikan rumahtangga di tahun 2009 nie. Di kesempatan ini, kami kompilasikan 10 perkahwinan @ wedding paling glemer @ meletup untuk tahun 2009.

10. Sari Yanti-Eddy Casmady (17 Jan)

Advertisement

Pelakon genit ‘Kisah Kaisara’, Sari Yanti mengejutkan ramai peminatnya apabila beliau mengumumkan bahawa beliau akan menjadi isteri kepada Eddy Casmady, seorang jejaka yang telah berjaya menambat hatinya selama empat tahun sebelum mereka bergelar suami isteri. Eddy menyerahkan mas kahwin bernilai RM500 dan pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran yang diberi pihak lelaki. Sari mengenakan fesyen purdah yang menutup muka ketika acara akad nikah berlangsung dan baju rekaan dari pereka muda Lynda Rahim.

Teruskan membaca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui siapakah yang menduduki carta teratas perkahwinan paling glemer 2009 ini.

9. Que Haidar-Linda Jasmine (14 Feb)

Satu Malaya terperanjat ketika mendengar berita Que akan menamatkan zaman bujangnya dengan koreografer Linda Jasmine. Bukan kerana mereka tidak sepadan tetapi kerana tiada ura-ura pasangan ini bercinta. Pada Hari Kekasih tahun ini, Linda sah menjadi milik Que di upacara pernikahan yang dijalankan di Bora Ombak.  Linda menerima mas kahwin bernilai RM1, 101 dari Que. Majlis resepsi diadakan di tempat yang sama di KL dan sekali lagi di Taib Andak, Johor. Pasangan ini dikurniakan bayi perempuan, Puteri Ratu Haidar pada 27 Oct 2009.

8. Yatt-Abdul Mutalib (29 Mac)

Setelah lima tahun memadu kasih, akhirnya Yatt diijabkabul dengan kekasihnya, Abdul Mutalib pada 29 Mac di rumah keluarga Yatt di Seremban. Majlis resepsi dan persandingan pasangan ini begitu glamor apabila ditaja oleh pelbagai pihak termasuk Butik Lynda Rahim dan D&D Beauty House. Mas kahwin yang diberi oleh Abdul Mutalib bernilai RM280.80 dan Yatt tidak mahu menyatakan jumlah wang hantaran yang dihadiahkan suami. Ketika ini, Yatt dan suami sedang berdebar menanti kelahiran anak sulung mereka.

7. Diana Rafar-Zamarulhisham (16 May)

165 merupakan angka bertuah untuk pasangan ini. Dinikahkan pada 16/5 dengan mas kahwin bernilai RM165 dan wang hantaran berjumlah RM16, 500. Bagi mereka berdua, angka ini begitu bermakna. Lapan tahun mengenali satu sama lain menjadikan pernikahan ini begitu bermakna dan istimewa bagi kedua pasangan. Majlis resepsi Diana dan Zamarul dilangsungkan di Hotel Concorde Shah Alam bertemakan puteri di dalam taman.

6. Adlin Aman Ramlie-Emelda Rosmila (22 Mei)

Pasangan artis ini melangsungkan perkahwinan mereka dengan upacara gilang-gemilang dan penuh kemewahan dan kemerahan. Resepsi pertama diadakan di Dewan Bankuet SUK Perak yang menyaksikan pasangan mengenakan pakaian serba putih dan Emelda bersanggul lintang, ciptaan beliau sendiri. Majlis resepsi kedua diadakan di Meru, Klang dengan berkonsepkan perkahwinan bangsa Jawa. Emelda menerima wang hantaran sebanyak RM30, 000 dan mas kahwin bernilai RM1, 001 dari Adlin.

5.Darling Ngasri-Nur Azlin Rahmat (31 Mei)

Darling atau Nasree Ngasri menamatkan zaman bujangnya dengan Nur Azlin pada bulan Mei. Konsep yang dipilih pasangan ini ialah perkahwinan di dalam taman. Farah Fauzana dilantik selaku pengapit Darling di majlis itu. Darling menerima mas kahwin berjumlah RM80 dan hantaran sebanyak RM22, 222.22. Destinasi bulan madu pasangan ini ialah kota Paris yang mereka lawati pada bulan Julai tahun ini.

4. Nana (Era)-Brian (31 Mar)

Bekas penyampai radio ERA yang keletah, Nana diijabkabul dengan Mohd Raqeem Brian di rumah Nana di Muar, Johor. Dengan konsep ‘White Wedding’, Nana dan Brian mengenakan pakaian berona putih gading. Kedua pasangan ini menyukai nombor 21 yang menurut mereka sering muncul dalam kehidupan mereka secara tidak sengaja. Lantas, wang hantaran mereka ditetapkan pada RM21, 500 dan mas kahwin berjumlah RM21.50. Farah Fauzana menjadi pengapit ketika majlis persandingan ini.

3. Catriona Ross-Shaharuffin (27 Jun)

Catriona Ross bernikah dengan penerbit dan pengarah rancangan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin dalam satu majlis yang meriah dengan pelbagai persalinan pakaian termasuk pakaian orang Minang. Cat menerima wang hantaran berjumlah RM22,000, pelbagai hantaran berjenama mewah dan destinasi bulan madu mereka termasuklah Pangkor Laut dan Itali.

2. Noniswara-Datuk Rosman Ridzuan (31 Jul)

Walaupun ini perkahwinan kedua bagi kedua mempelai, majlis pernikahan dan persandingan diadakan dengan penuh gemilang! Macam anak dara, cukup dengan wang hantaran, barangan hantaran berjenama termasuk Chanel, Jimmy Choo, Raoul dan tentu sekali majlis resepsi serba mewah yang dilangsungkan di Hotel Berjaya Times Square. Hati Nonis berjaya ditambat Datuk Rosman walaupun wanita ini sering dikejar ramai jejaka di luar sana.

1, Akhil Hayy-Waheeda (16 Ogos)

Setelah berteka-teki dengan peminat dan pihak media, akhirnya pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 16 Ogos tahun ini, genap sebulan selepas Akhil melepaskan isteri pertamanya, Maizawati. Akhil menikahi Waheeda di Masjid Kuala Kubu Baru dengan mas kahwin berjumlah RM80. Majlis resepsi telah diadakan di Dewan Guthrie, Shah Alam dengan bertemakan Morocco. Menurut Akhil “inilah sebenarnya perkahwinan, sebab dulu saya dan bekas isteri hanya bernikah sahaja dan tiada majlis resepsi seperti ini.” Akhirnya Waheeda bahagia di samping jejaka yang didamba beliau sekian lama.

**Terima kasih kepada kasut_putih di forum Artis Melayu atas kompilasi perkahwinan di atas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...