10 Pelancong Ditahan Polis Dalam Bilik Hotel Di Langkawi

Trending

10 Pelancong Ditahan Polis Dalam Bilik Hotel Di Langkawi

Seperti yang kita tahu, individu yang sudah lengkap dua dos vaksin telah dibenarkan untuk pergi ke Langkawi sebelum ini dengan syarat mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sempena Gelembung Pelancongan Projek Rintis Pulau Langkawi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataan media sebelum ini berkata, pelancong yang berhasrat untuk ke Pulau Langkawi bermula 16 September lepas wajib menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan.

Advertisement

3 years ago

Tun Mahathir Minta Kerajaan Benarkan Pelancong Selesai Vaksin Pergi Ke Langkawi

Usaha tersebut dibuat bagi mengelakkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu. Atas sebab itu juga, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong telah menerima vaksinasi lengkap, bukan kes positif Covid-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif.

Pihak polis menahan 10 orang pelancong dalam bilik hotel di Langkawi kerana langgar SOP dan miliki dadah

Menurut laporan daripada Harian Metro, polis telah menahan 10 pelancong lelaki kerana berkumpul dalam sebuah bilik dan merampas sejumlah dadah serta ubat batuk di sebuah hotel di Pantai Tengah, Langkawi, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kumpulan lelaki berusia di antara 23 dan 31 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis pada jam 1.30 pagi.

Berbekalkan maklumat orang awam yang mencurigai aktiviti sekumpulan lelaki tersebut, sepasukan polis membuat serbuan dan mendapati 10 lelaki berada dalam sebuah bilik di hotel itu.

“Pemeriksaan fizikal ke atas semua suspek dan sekitar bilik menemukan lapan paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis ketamin seberat 7.20 gram selain dua botol ubat batuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

siasatan mendapati semua suspek adalah pelancong dari Kuala Lumpur dan sedang bercuti di pulau itu susulan pembukaan projek rintis gelembung pelancongan.

10 Pelancong ditahan di Langkawi

Sumber Harian Metro

Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata lagi, hasil ujian saringan air kencing pula mendapati enam daripadanya positif dadah jenis ketamin, manakala empat lagi negatif.

Semua suspek turut dikenakan kompaun RM4,000 seorang atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana berkumpul dalam bilik hotel sama dan melakukan aktiviti yang sukar untuk dilaksanakan penjarakan sosial.

Mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Perkara 9 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB).

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...