10 Pelajar Terlibat Kes Buli MRSM Kuala Kangsar Ditamatkan Pengajian

Berita

10 Pelajar Terlibat Kes Buli MRSM Kuala Kangsar Ditamatkan Pengajian

Ketika ini, viral tentang kes buli melibatkan pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar selepas sebuah video tular di media sosial, baru-baru ini.

Terbaru, 10 pelajar yang terlibat dalam kes buli tersebut telah pun ditamatkan pengajian oleh Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM). Menurut Awani, mesyuarat JDM telah mengkaji kes terbabit dengan teliti dan mengambil keputusan berkenaan, berkuat kuasa hari ini.

Advertisement

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf berkata,

Hukuman yang telah diputuskan ini menunjukkan pihak kita tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan buli dalam kalangan pelajar.”

Menurut Azhar lagi, ibu bapa kepada semua pelajar yang terlibat itu telah dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan siasatan pihak polis mendapati punca kejadian buli itu adalah kerana tindakan mangsa yang menasihati seorang daripada suspek untuk berhenti menonton video lucah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata,

Kita sudah menemubual mangsa dan mendapati punca pergaduhan kerana mangsa menasihati salah seorang suspek supaya jangan menonton video lucah melalui telefon bimbit.”

Teguran tersebut membuatkan enam suspek marah dan terdapat seorang pelajar Tingkatan 3 mengarahkan mereka untuk menumbuk dan menendang mangsa.

Mangsa kini masih dirawat di sebuah hospital di Selangor dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta tidak mengalami sebarang gejala serius.

Selain itu kami kongsi artikel trending pada pautan di bawah.

Baca: Askar Dakwa Dibuli, Kena Paw Duit Gaji Sampai Habis, Menteri Pertahanan Hishamuddin Ambil Maklum

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...