10  Orang Maut Bas Pekerja Terbabas Semalam

Trending

10  Orang Maut Bas Pekerja Terbabas Semalam

Keadaan bas pekerja selepas terjunam ke longkang sedalam 10m. (Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat).

Sedang kita semua tidur nyenyek semalam, 10 individu termasuk 2 orang wanita maut selepas bas pekerja dinaiki mereka menjunam ke dalam longkang di jalan S8 Pekeliling berhampiran MASkargo, malam tadi.

Advertisement

Kejadian yang berkaku pada 11.10 malam itu telah meragut nyawa 8 penumpang warga asing dan seorang pemandu bas tempatan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.  Manakala seorang penumpang wanita warga asing disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.

Dipetik dari Astro Awani, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Zulkifli Adam shah berkata, siasatan awal mendapati bas terbabit yang membawa 43 penumpang warga asing yang juga pekerja kontrak MASkargo dalam perjalanan ke tempat kerja dari asrama mereka di Nilai, Negeri Sembilan.

Difahamkan kesemua pekerja terbabit sepatutnya masuk bekerja pada shift 12 tengah malam.

Siasatan awal mendapati bas terbabit hilang kawalan sebelum menjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter.

Kemalangan itu menyebabkan sembilan mangsa termasuk pemandu bas itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang penumpang wanita disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.

Lebih kurang jam 11.10 malam satu kemalangan berlaku di Jalan S8 KLIA di mana sebuah bas membawa pekerja telah terbabas dan masuk ke dalam sebuah longkang besar. Dalam bas itu terdapat 44 orang termasuk pemandu iaitu pekerja MASkargo dimana semua pekerja tersebut  di bawah syarikat Kaya Mas.

Mereka ini dibawa dengan bas daripada hostel mereka di Nilai untuk bertugas shift pada 12 tengah malam tadi. Dalam perjalanan itu bas ini terbabas. Setakat ini sembilan orang meninggal dalam kejadian di sini iaitu termasuk seorang pemandu manakala selebihnya dibawa ke hospital,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Zulkifli berkata, 34 penumpang bas terbabit yang cedera dikejarkan ke Hospital Serdang, Hospital Putrajaya, Hospital Banting dan Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Operasi menyelamat mangsa turut dibantu pihak bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kesihatan Malaysia dan polis bantuan MASkargo.

Sementara itu, Ketua Zon Lima (Selangor Selatan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Nik Mohd Fadhil Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.16 malam tadi.

Seramai 38 pegawai dan anggota bersama tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA, BBP Cyberjaya dan BBP Sepang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pihak bomba juga terpaksa memotong beberapa bahagian bas terbabit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Bomba  mengambil masa kira-kira satu jam bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan kaedah ‘hauling’ iaitu menggunakan tali penyelamat, tangga serta pengusung bagi membawa keluar mangsa.

 

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...