Samaada korang tau atau tidak ada beberapa jenis minuman kat Malaysia ni boleh memberikan kesegaran yang berpanjangan. Dengan kata lainnya bila rasa lemah dan penat, minum je air ini pasti jadi lebih segar.
Oleh dengan itu, admin kongsikan dengan korang 10 jenis minuman yang boleh korang ambil untuk kembalikan tenaga setelah penat bekerja,bersukan dan sebagainya. Paling penting, ramai yang ambil minuman-minuman ini.
1. Coffee
Siapa yang tak suka air coffee kan? Air coffee ni antara kegemaran kawan-kawan admin. Biasanya dorang ambil ni bila tengah-tengah malam untuk lebih tenaga. Tak kurang juga pelajar universiti pun ambil untuk “all out study” gitu..
2. Air Sirap
Pehhh! Leleh beb!. Seriusly air sirap ni memang orang suka lebih-lebih lagi bila waktu panas. Rasa lesu terus hilang bila air sirap ni lalu kat anak tekak. Fuhh!
3. Air Kelapa
Air kelapa memang sedap beb. Air kelapa ni jugak boleh sejukkan badan. Contohnya kalau korang demam, biasanya air kelapa ni akan menjadi pilihan untuk kurangkan panas dalam dan kembalikan tenaga seperti sedia kala.
4. Ais Lemon
Ais lemon pun boleh segarkan badan. Rasa lemon tu kalau letih memang boleh “refresh” jadi segar. Sedap juga air lemon ais ni. Huhuhu.
5. Teh Tarik
Teh tarik ni semua rakyat Malaysia tahu. Tak kira bangsa dan agama semua minum air teh tarik ini. Dah jadi seperti kebiasaan atau habit pekena teh tarik bila balik dari kerja. Singgah mamak pesan teh tarik. Lagi best buih kaw2. Sedap!
6. Air Batu Campur
Admin gerenti air batu campur ni jadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Waktu paling syok layan abc bila cuaca panas. Fuhh.. nikmat lega dia. Faham-faham jelah. Hehe!
7. Air Coklat Panas
Air coklat panas pun jadi kegemaran bila minum santai-santai. Kalau dah jadi peminat air coklat panas, boleh juga segarkan badan bila penat bekerja. Layan juga. Sambil pekena dengan biskut.
8. Teh Bunga
Air teh bunga juga jadi pilihan bila cuaca panas. Jangan terkejut jika ada keluarga yang memborong air kotak teh bunga dan jadi stok kat rumah untuk sekeluarga. Hehehe..
9. Air Barli
Berapa ramai yang gemar minum air barli ni? Untuk pengetahuan korang, air barli banyak khasiatnya. Antara khasiat utama adalah ketika hadapi masalah tak lawas bila nak buang air kecil. Memang biasanya para doktor sarankan minum air ini. Cubalah.
10. Air Sprite!
Minuman ini really cool ok. admin selalu beli masa tengah terlalu letih dan perlukan tenaga semula. Korang lak macam mana? pernah tak alami bila layu gila dan letih teramat tetiba pekena sprite satu. Seriusly terus terbukak bijik mata sebab ada rasa kick bila minum. Dia punya feeling sampai Energy terus level up bro! Awesome beb. Selain berkesan untuk dapatkan tenaga, boleh juga dapat idea yang tak pernah lak terfikir. Macam video kat bawah..
Jadi, jom tonton video ni..