Lumrah pasangan tengah hangat bercinta, kalau boleh 24 jam mahu sentiasa mesej atau pun bersembang dalam telefon sekiranya tak dapat jumpa secara berdepan. Kalau hilang sekejap sahaja pun, sudah pasti akan rasa tak senang duduk.
Sama juga dengan pelakon Isa Khan yang tidak tentu arah apabila tunang kesayangannya iaitu Risteena diam seribu bahasa selama setengah jam tanpa khabar berita.
Lelaki tersebut terus terbayangkan perkara buruk apabila segala usaha untuk menghubungi Risteena tidak berhasil. Sampai ingatkan ada perkara buruk yang terjadi kepada wanita itu sama ada diculik atau pun diragut.
Daripada entri yang dimuat naik di Instagram itu, pelakon wanita tersebut menjelaskan bahawa mereka biasanya akan bersembang menerusi panggilan telefon dalam perjalanan pulang ke rumah.
Pun begitu, disebabkan Risteena terserempak dengan banyak kereta polis, dia terpaksa membatalkan niatnya untuk memegang gajet tersebut.
“Tapi semalam kebetulan kereta polis banyak, and tak sempat nak ambik phone dalam beg pun untuk tengok. Tak sangka hilang setengah jam pun tunang saya dah risau macam tu.”
Lebih mengharukan apabila Isa Khan terus berkejar ke rumah tunangnya apabila wanita itu tidak dapat dihubungi selama setengah jam.
“10 minit je datang dari Cheras ke Gombak. Siap datang dengan his sister and Qirin. Kesian diorang!”
Dek tidak membalas segala jenis panggilan mahu pun mesej, Risteena mendedahkan bahawa dia telah dimarahi oleh Isa. Namun begitu, dia langsung tidak kisah kerana berasa disayangi apabila lelaki itu mengambil berat terhadap keadaannya.
Malah Risteena memberi amaran kepada sesiapa yang mempunyai niat buruk kepadanya supaya melupakan sahaja hasrat tersebut kerana Isa pasti akan mencarinya sehingga jumpa.
Pelakon wanita itu tidak lupa untuk menitipkan ucapan sweet kepada Isa selepas insiden tersebut dan menyatakan bahawa dia berasa selamat di bawah jagaannya.
To my tunang, saya rasa selamat since awak jaga saya. Tak boleh bayangkan kalau awak takde. My parents dah boleh harapkan awak.
Rata-rata pengikut yang membaca kisah tersebut mendoakan agar pasangan ini cepat berkahwin kerana seronok melihat hubungan mesra mereka.