10 Makanan Ini Tak Boleh Disimpan Dalam Peti Ais, Tapi Ramai Yang Buat

Trending

10 Makanan Ini Tak Boleh Disimpan Dalam Peti Ais, Tapi Ramai Yang Buat

refrigerator full of healthy food. fruits and vegetablesSelesai memasak, pasti anda terus masukkan lebihan sayuran atau makanan ke dalam peti ais. Jaga-jaga kerana tidak semua jenis makanan atau sayuran akan tahan lama di tempat yang sejuk.

Cuba elakkan dari membazir jika anda mula masuk dapur…

Advertisement

Bawang Merah

Kelembapan dalam peti ais membuatkan tekstur bawang merah menjadi lembik, mempercepatkan tumbuh akar dan tanpa sedar lebih cepat busuk. Seeloknya anda simpan bawang di tempat yang sejuk dan kering.

Kopi

Tidak ramai yang tahu sebenarnya, biji kopi atau serbuk kopi tidak elok disimpan di dalam peti ais. Ini hanya akan membuat kopi kehilangan rasa dan aromanya. Simpan kopi di tempat yang kering dan sejuk.

Minyak Zaitun

Kesan paling ketara, anda akan dapati tesktur minyak zaitun akan jadi cepat beku seperti mentega jika disimpan di dalam peti ais.

Daun Kemangi

Daun kemangi akan lebih cepat layu jika disimpan dalam peti ais. Lebih baik anda rendam daun kemangi dalam air agar tetap segar.

Madu

Madu tidak akan rosak jika anda menyimpannya dalam kemasan yang tertutup rapat. Jadi anda tidak perlu menyimpannya dalam peti ais.

Bawang Putih

Tekstur bawang putih yang anda simpan dalam peti ais akan berubah menjadi seperti kering dan kecut. Lebih tahan lama kalau simpan bawang putih dalam bekas di tempat yang kering dan sejuk.

Roti

Roti akan lebih cepat kering jika disimpan dalam peti ais. Letak roti di dalam bekas yang ditutup sudah mencukupi, janji tidak melebihi tarikh luput.

Avokado

Mahu buah avokado cepat masak? Kalau peram di dalam peti ais, itu salah. Ini hanya melambatkan proses matang buah avokado.

Kentang

Menyimpan kentang dalam peti ais akan membuat teksturnya menjadi lembik dan rasanya menjadi manis. Lebih baik anda simpan dalam bekas.

Tomato

Letak tomato di dalam peti hanya buat tomato jadi cepat kecut dan hilang rasa segar. Untuk jaga rasanya, elok anda beli secukup buat masak sahaja. Atau tomato yang dibeli boleh direndam dalam sedikit air. Tetapi jangan simpan terlalu lama, nanti tetap juga tomato jadi cepat busuk.

Sumber : Mingguan Wanita

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...