10 Lokasi Yang Menyeramkan Di Bangkok

Kehidupan

10 Lokasi Yang Menyeramkan Di Bangkok

Setiap dari kita pasti pernah terdengar kisah-kisah seram yang diceritakan oleh orang tua tentang sesebuah tempat tersebut yang menjadi sejarah.

Adakah anda pernah mendengar kisah-kisah seram di negara jiran kita iaitu Thailand? ibu negara Thailand, Bangkok adalah kawasan pelancongan yang sangat terkenal dengan semua pelancong di seluruh dunia.

Advertisement

Tetapi ramai diantara kita yang tidak tahu kisah mistik dan seram yang menakutkan di bandar itu. Disini terdapat beberapa tempat misteri di Thailand yang anda semua perlu tahu.

10 tempat yang seram dan mistik:

Wat Pai Ngoen Temple

wat ngoen

Pada tahun 2010, seorang pemuda tempatan melihat seekor anjing sedang mengonggong plastik di mulutnya. Semasa anjing tersebut mengoyakkan beg plastik, dia terkejut anjing tersebut memakan daging bayi tersebut.

Rupanya penemuan 2002 mayat bayi. Pihak polis telah mengikut jejak beg yang ditemui berdekatan dengan Wat Pai Ngoen Temple.

Apabila mereka memasuki bilik mayat tersebut, baunya sangat busuk. Lebih mengejutkan terdapat banyak beg plastik yang berisi bayi di tempat penyimpanan.

temple

Di dalam beg tersebut, kelihatan janin yang sudah mati dan bahagian tubuh bayi telah dijumpai. Hasil, sebanyak 2,002 bayi telah mati dijumpai.

Sehingga kini, berita tersebut masih meninggalkan kesan buat rakyat Thailand.

Pembuangan bayi ini berpunca daripada remaja yang melahirkan anak luar nikah. Mereka membuang bayi tersebut ke dalam sebuah lubang yang telah disediakan.

Sehingga ke hari ini penduduk berdekatan masih terdengar bunyi suara kanak-kanak ketawa dan menangis di sekitar kawasan itu.

Ajarn Chuan Ashram, Chachoengsao

asram temple

Seorang sami yang terkenal dengan ilmu hitam telah membina ratusan patung figura kanak-kanak, monster, dan makhluk ajaib. Semua figura ini telah diletakkan di ashram(kawasan bertapa).

Apa yang mengejutkan, sami tersebut telah membina patung-patung ini dengan rambut, tulang dan kulit yang bertatu dari manusia.

Kisah pada tahun 2015 ini memberi kesan yang sangat teruk buat 7 orang remaja ini.
ashram temple

Selepas sahaja sami ini meninggal dunia, ashram ini terbiar begitu sahaja tanpa ada penjaga. Banyak patung yang telah rosak dan kawasan ini mula bersemak.

Menurut penduduk setempat kawasan itu mempunyai kuasa aneh sehingga hari ini.

Penduduk setempat juga tidak akan memasuki ashram tersebut pada waktu matahari terbenam kerana dikatakan patung-patung itu boleh ‘hidup’.

Rumah terbiar di Thawi Watthana

rumah

Tragedi mistik ini berlaku sekitar tahun 2015 apabila 7 remaja lelaki memberanikan diri ke sebuah rumah misteri di daerah Thawi Watthana, Bangkok.

Dalam keadaan mabuk, sekumpulan remaja memandu ke lokasi kejadian dengan niat untuk menjejaki rumah berhantu tersebut, tetapi lampu depan rumah itu terpadam secara tiba-tiba sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan lokasi itu.

Setelah 3 bulan, dua remaja terbunuh dalam kemalangan motosikal yang tidak disengajakan. Saksi kejadian mendakwa bahawa mereka melihat seorang wanita yang berpakaiaan putih menumpang motosikal mereka.

rumah terbiar

Setahun kemudian, seorang lagi lelaki meninggal kerana kemalangan. Saksi juga mengatakan melihat kelibat wanita yang berpakaiaan putih menumpang.

Pada tahun berikutnya, dua lagi remaja terbunuh kerana kebakaran di rumah. Saksi dari seberang jalan melaporkan turut melihat kelibat wanita berbaju putih memasuki rumahnya sebelum dijilat api.

Sehingga hari ini, dua lagi remaja yang masih hidup dalam ketakutan.

Santika Pub, Soi Ekhamai 8

santika Pub

Malam sambutan tahun baru, countdown 2009 bertukar tragedi apabila Santika Pub terlibat dengan kebakaran besar hingga melibatkan kehilangan lebih 60 nyawa dan 100 orang tercedera.

Sebelum kejadian malang itu, terdapat beberapa petanda aneh telah diberikan, namun, tiada seorang pun mengendahkannya.

Antara petanda itu adalah staf beri CD dengan cover hitam kepada setiap pengunjung, website pub itu menggunakan grafik api sebagai tema dan nama kumpulan band pada malam itu bernama ‘Burn’.

santika pub

Lebih menakutkan lagi, tapak pembinaan Santika Pub ini adalah lokasi sebuah rumah pembunuhan.

Malah, segelintir penduduk juga mengatakan pada waktu malam mereka akan terdengar suara ‘roh’ menjerit meminta pertolongan dari lot tanah itu. Sehingga kini lot tanah Santika pub ini dibiarkan kosong.

Tanah perkuburan bus, Soi Saiyud

tanah perkuburan bas

Syarikat bas menggunakan Soi Saiyud ini sebagai tapak perlupusan bus yang sudah rosak dan kenderaan yang tidak boleh digunakan lagi.

Malahan, tapak ini digunakan untuk melupuskan bas yang mengalami kemalangan tragik.

Lokasi ini sering berlakunya perkara aneh ketika waktu malam. Seorang pemandu teksi terlihat ada orang melambai tangan kepadanya tetapi apabla berhenti disitu, tiada orang.

Penduduk setempat dikatakan juga pernah mendengar suara orang menyanyi sambil gelak ketawa dan memukul gendang.

Apabila diperiksa oleh pengawal kesemalatan, tiada sesiapa yang menghuni kawasan tersebut.

tanah perkuburan

Bukan itu sahaja, pengawal keselamatan yang bertugas di tempat itu juga pernah melihat sekumpulan remaja menaiki sebuah bas sambil bergembira.

Apa yang mengejutkan buat pengawal ini, apa yang dilihatnya hanya sebuah bas yang tiada penghuni.

Rupa-rupanya bas tersebut telah mengalami kemalangan hingga menyebabkan sekumpulan remaja terbunuh.

Menara Thai Zong, Bang Na

menara Thai Zonmg

Menara Thai Zong adalah bangunan 32 tingkat yang telah dibiarkan bersebelahan lebuh raya Bang Na-Trad.

Dikatakan bangunan ini telah meragut sekurang-kurangnya 5 nyawa. Sejak 20 tahun bangunan ini terbiar, terdapat beberapa kematian yang berlaku termasuk 3 individu bunuh diri di lokasi berkenaan.

Malah, ada juga yang mengantungkan diri sendiri akibat putus cinta dengan meninggalkan sepucuk surat di lokasi kejadian.

Oleh kerana bangunan ini berdekatan dengan lebuh raya, penunggang motosikal yang melalui jalan ini sering diganggu oleh figura manusia berwarna hitam yang terjun dari bangunan tersebut berulang kali.
menara thai zong

Mengikut kepercayaan rakyat tempatan, roh si mati dihidupkan semula untuk mengulangi perbuatan itu sebagai bayaran kepada dosa mereka.

Kini, bangunan tersebut telah bertukar menjadi kondominium untuk penginapan.

Bangunan tersebut kini telah diuabahsuai menjadi kompleks kodominium.

Rumah pelacuran, Kanchanaburi

rumah perlacuran

40 tahun lalu, tempat ini dijadikan sebagai rumah pelacuran. Wanita yang berkerja di sini dikatakan berkerja secara sukarela, dan ada juga yang dipaksa.

Bukan itu sahaja, banyak kes yang melibatkan pembunuhan wanita dan bayi.

Bangunan ini terdapat pelbagai bilik termasuk bilik untuk melanggan pelacur disitu, manakala bilik kecil dipercayai untuk mengurung kanak-kanak.

Barangan peribadi wanita di setiap bilik masih tidak disentuh oleh sesiapa.

Bangunan ini terdapat pelbagai bilik termasuk bilik untuk melanggan pelacur, manakala bilik kecil dipercayai untuk mengurung kanak-kanak.

Lokasi ini juga terdapat laluan bawah tanah dan tidak ada sesiapa pun tahu kegunaannya kerana tiada sesiapa berani untuk turun.

Ada yang mengatakan laluan itu adalah untuk aktiviti perdagangan wanita yang telah diculik.

Penduduk juga pernah mendengar jeritan dan tangisan dari suara wanita dan kanak-kanak dari lokasi kejadian. Apabila memasuki bangunan itu, mereka gagal menemui sesiapa.

Sehingga hari ini, rumah pelacuran ini telah dikunci.

Jelmaan wanita di Jambatan Sungai Bang Pakong

jelmaan wanita

Sesiapa sahaja yang melalui jambatan Sungai Bang Pakong akan terlihat kelibat wanita berbaju merah melompat ke dalam sungai itu. Beliau dikatakan bertindak untuk menyelamatkan wanita itu.

Tetapi, lain jadinya apabila wanita ini sedar bahawa dia yang sedang diselamatkan oleh orang awam yang melalui jambatan tersebut.

wanita terjun

Lebih daripada 60 kes cubaan bunuh diri telah dilaporkan di lokasi kejadian. Menurut mereka, ketika melalui jambatan tersebut pasti terlihat seorang wanita duduk di atas gerabak kereta api sambil melambaikan tangan sebelum jelmaan wanita itu melompat.

Kesemua mangsa yang melihat kelibat wanita ini mempunyai naluri sama untuk menyelamatkan wanita berbaju merah ini. Dipercayai jelmaan wanita berbaju merah itu mempengaruhi mangsa untuk membunuh diri.

Perkuburan Wat Don Temple, Bangkok

perkuburan wang dongPa Cha Wat Don adalah tempat misteri yang paling menakutan buat semua penduduk Bangkok.

Ini kerana lebih dari 10,000 mayat telah dikebumikan di tanah perkuburan di Wat Don tanpa mengetahui identiti sebenar mereka.

Tanah perkuburan ini telah wujud sejak lebih 50 tahun dahulu dan rata-rata mayat yang dikebumikan disini terlibat dalam kemalangan tragis.

Segelintir pemandu teksi tidak mahu memasuki kawasan ini kerana dipercayai penumpang mereka bukanlah manusia tetapi roh yang menumpang teksinya.

Ada juga pemandu teksi pernah terlihat badan penumpang mereka dipenuhi darah, penumpang hilang secara tiba-tiba dan penumpang bertambah.

Dikatakan penduduk sekitar juga pernah terlihat pemandu teksi membawa penumpang mereka dalam keadaan ngeri termasuk melihat seseorang yang cedera parah, patah tangan, berlumuran darah dan tiada kepala di tempat duduk belakang.

kawasan reakriasi pengunjung

Namun, hari ini beberapa bahagian di kawasan perkuburan itu telah diubahsuai menjadi taman rekreasi untuk pengunjung beriadah.

Menara Berhantu, Bang Rak

menara berhantu

Di tengah-tengah bandar yang sibuk di Bang Rak District, sebuah kondominium mewah telah dibina lebih dari 20 tahun.

Menara yang memiliki 46 tingkat itu telah didirikan gah berhampiran sebuah kuil di situ sehingga rakyat menganggap sesuatu yang tidak menghormati agama mereka.

Sehingga kini, menara ini terbengkalai akibat syarikat pemaju kehabisan wang.

menara berhantu

Kejadian mistik telah berlaku pada malam sekitar tahun 2015 apabila seorang jurugambar naik ke tingkat 43 bangunan berkenaan untuk mendapatkan visual langit Bangkok.

Sepanjang berjalan di koridor yang gelap dalam bangunan itu, dia terlihat sekujur badan manusia tergantung di dalam salah sebuah bilik.
menara berhantu

Dia segera lari untuk mendapatkan bantuan tetapi tidak berjaya sehinggakan dia bertindak untuk memuatnaik kapsyen di media sosial.

Mengikut siasatan dari pihak polis, didapati individu yang mengantungkan diri itu adalah seorang lelaki warga dari Sweden.

Sejak kejadian itu, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kepada umum yang lokasi berkenaan adalah kawasan larangan.

Adakah anda juga pernah mengalami kisah-kisah seram seperti ini? Kongsikanlah dengan kami.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...