October 21st, 2020

Bagi membantu siasatan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram membabitkan kumpulan cuci duit haram dan perjudian dalam talian, seramai 10 artis dan selebriti lagi akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, semua artis terbabit akan diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan.

“Mereka termasuk dua artis wanita dan lelaki yang juga pengacara dan pelakon terkenal. Ramai lagi akan dipanggil kerana mereka diperlukan untuk membantu siasatan penipuan Macau Scam dan judi dalam talian.”

Dedahnya lagi, semalam SPRM memanggil sembilan lagi individu termasuk dua lelaki yang juga Instafamous selepas hampir dua minggu tempoh diberikan untuk mereka tampil secara sukarela.

Gambar hiasan

“Semua mereka yang berusia antara 25 hingga 32 tahun itu dirakam percakapan pada 3 petang semalam. Mereka adalah rakan kepada isteri suspek utama. Ada yang hadir di pejabat SPRM, ada yang diambil keterangan di luar.”

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki menyeru mana-mana selebriti dan ahli perniagaan yang pernah terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram supaya tampil membantu siasatan.

Hal ini demikian kerana, arahan itu bagi mengelakkan SPRM menahan mereka yang berkenaan dalam masa terdekat.

Sumber: Harian Metro


One response to “10 Lagi Artis Akan Dipanggil SPRM Berhubung Urusan Wang Haram”

  1. Anonymous says:

    Tu laa…sprm suruh hangpa pi dgn rela hati kt ofis depa utk disoal..hangpa semua buat senyap..nak juga tunggu surat dari sprm…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...