Pasti anda familiar dengan filem From Fast and Furious. Bagi peminat kereta, filem ini sangat mengujakan mereka disebabkan kereta kereta yang digunakan untuk pembikinan filem tersebut.
Setiap kereta yang dipaparkan dalam filem tersebut mendapat perhatian ramai, dan ada juga kereta tersebut yang meningkat nilainya selepas ditayangkan dalam filem tersebut.
Nissan Skyline antara kereta yang mendapat impak dari kemunculan dalam sekuel tersebut. Bahkan jualan kereta yang pernah digunakan dalam sekuel ini juga turut meningkat dan dicari seperti Evo, Supra, Fair Lady, Charger dan RX7.
Walaupun sekuel ini telah ke laut dan jalan ceritanya bukan berdasarkan pada perlumbaan kereta tetapi ia tetap menjadi sekuel yang paling dinantikan oleh ramai peminat kereta.
Kami kongsikan satu Video dari Donut Media yang memaparkan 10 kereta yang terbaik dari sekuel tersebut. Walaupun list yang mereka berikan agak mengarut tetapi kita perlu akui yang kereta kereta tersebut pernah mengubah industri kereta dan pernah menjadi idaman para peminat kereta semua.