10 Kandungan Laporan Bank Negara Malaysia 2015

Trending

10 Kandungan Laporan Bank Negara Malaysia 2015

Perkara Laporan Bank Negara Malaysia 2015 sangat penting untuk anda tahu kerana laporan ini boleh menilai nilai daya saing dalam industri yang ada ceburi. Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata meskipun berdepan persekitaran ekonomi global dan serantau yang lemah, ekonomi negara mencatatkan pengukuhan dan masih berdaya tahan.

Advertisement

1. Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.0 hingga 4.5 peratus pada 2016 dengan permintaan domestik daripada sektor swasta jadi pemacu utama disokong sektor luaran.

2. Kecuali sektor pertanian, kesemua sektor lain dijangka berkembang dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan kekal menjadi sektor utama.

3. Inflasi keseluruhan diunjur antara 2.5 hingga 3.5 peratus pada 2016 disebabkan peningkatan kos hidup yang memberi kesan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

4. Polisi monetari 2016 akan memberi tumpuan kepada keadaan monetari agar ia kekal menyokong pertumbuhan domestik dan kestabilan harga.

5. Institusi kewangan di Malaysia mempunyai permodalan kukuh dan kecairan untuk menampan cabaran pasaran dan mengekalkan keuntungan.

6. Kedudukan kewangan BNM kekal stabil pada 2015 dengan jumlah aset keseluruhan bernilai RM440.6 bilion meningkat berbanding tahun 2014 pada RM427.6 bilion.

7. Manakala rizab antarabangsa berada pada RM409.1 billion (AS$95.3 bilion) berbanding RM405.3 bilion pada 2014.

8. Untung bersih dicatatkan pada nilai RM7.79 bilion satu peningkatan berbanding RM6.4 bilion pada 2014.

9. Manakala serahan dividen kepada kerajaan pada 2015 kekal pada jumlah RM3.0 bilion sama seperti tahun sebelumnya.

10. Hutang luar negara Malaysia berjumlah RM833.7 bilion meningkat sediikit berbanding 2014 pada RM747.5 bilion disebabkan kemerosotan nilai Ringgit berbanding mata wang utama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...