Ramai anak muda masa kini terlebih leka dengan gaya hidup yang serba mewah. Namun hanya segelintir sahaja yang celik mata untuk memperbaiki kewangan seterusnya menabung untuk kegunaan di saat kecemasan atau di masa hadapan kelak.
Oleh itu, admin nak kongsikan dengan korang 10 Jenis Tabung yang anak muda PERLU tahu dan mula menyimpan dari sekarang sebelum terlambat.
10 JENIS TABUNG ANAK MUDA
1. Tabung Duit Syiling.
Tiap kali balik kerja, semua syiling yang bertimbun tu, kita masukkan dalam tabung siling di rumah. Lebih mulia masukkan dalam tabung anak kita.
2. Tabung 10% Gaji Kita
Lakukan secara konsisten setiap kali gaji.Jangan ambil duit ini. Simpan dan lupakan sahaja. Lepas dah terbiasa, boleh upgrade ke 20% atau 30%.
3. Tabung Hijau.
Setiap kali jumpa duit hijau (RM5), asingkan dari beg duit kita, sampai rumah masukkan dalam tabung warna. Seronok tengok tabung penuh warna hijau.
4. Tabung Oren.
Bila maqam dah tinggi sikit, barulah mula tabung oren (RM20) ni. Kita akan kagum sendiri bila bukanya nanti. Duit kita kurang sikit saja dari duit yang menteri ada.
5. Tabung Haji Umrah.
Simpan RM150 konsisten setiap bulan. Dengan dividen 5%, selepas 5 tahun, kita dah ada cukup RM10K. Boleh guna untuk pergi umrah. Kalau simpan RM300 pula, dapat double, boleh pergi dengan pasangan.
6. Tabung ASB.
Mohon sijil ASF financing RM50K, tempoh pembiayaan 30 tahun, bayar bulan RM275. Dividen 7.25% jangan diusik. Terminate sijil selepas 5, kita dapat RM24K.
Baca link di bawah ni untuk tambah ilmu
Klik SINI
7. Tabung Rumah.
Nak beli rumah, kena ada 15% daripada harga rumah untuk duit muka, yuran guaman dan lain-lain. Kalau nak beli rumah RM100K, maksudnya kita kena ada RM15K. Kalau nak beli rumah RM200K, kira sendiri.
8. Tabung Kecemasan.
Tabung kecemasan tiga bulan gaji wajib kita kena ada. Contoh gaji RM2K kena ada RM2K x 3 = RM6K. Lepas berjaya tu, upgrade jadikan tabung kecemasan enam bulan gaji pula.
9. Tabung Kahwin.
Tabung kahwin ni penting untuk elak ambil personal loan. Mula buat tabung kahwin ni walau belum jumpa calon yang sesuai. Lelaki dan perempuan, dua-dua kena ada tabung ni.
10. Tabung Keriangan.
Teringin juga nak reward diri sendiri, kan. Tak salah nak enjoy kalau kita rancang dengan baik. Sebulan simpan RM100. Setahun dah ada RM1,200. Bolehlah pergi melancong dan berhibur.
Kita saja yang boleh kawal tabungan kita. Jangan selalu sangat kata “Duit tak cukup macam mana nak simpan?”.
Memang padan muka kita. Doa kita termakbul sebenarnya. Mula sekarang bukan asyik merungut saja. – Harith Faisal dan Azizul Azli Ahmad.
Kredit : Harith Faisal dan Azizul Azli Ahmad