10 Hingga 30 Peratus Penjawat Awam Bankrap, Ada Yang Mohon Untuk Membangkrapkan Diri Sebab Terlalu Banyak Hutang

Gaya Hidup

10 Hingga 30 Peratus Penjawat Awam  Bankrap, Ada Yang Mohon Untuk Membangkrapkan Diri Sebab Terlalu Banyak Hutang

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) Datuk M Bakri Abd Majid, sejak 2021 kira-kira 10 hingga 13 peratus penjawat awam diisytiharkan bankrap.

Tambahnya, apa yang lebih membimbangkan adalah data itu menunjukkan trend peningkatan dari tahun ke tahun meskipun data kebankrapan nasional menunjukkan penurunan.

Advertisement

Berdasarkan data terbuka Mdl, statistik kebankrapan individu daripada sektor awam adalah sebanyak 12 peratus pada 2020, 2021 (10 peratus), 2022 (11 peratus), 2023 (13 peratus) dan 14 peratus setakat ini bagi tahun ini.

Kegagalan pegawai awam menguruskan kewangan dengan baik bukan sahaja memberi kesan kepada individu dan keluarga, malah kepada ekosistem perkhidmatan awam negara.

Datuk M Bakri Abd Majid

Katanya lagi, terdapat juga sesetengah kes di mana penjawat awam itu sendiri yang memohon untuk membangkrapkan diri bagi mengurangkan tekanan hutang yang berpanjangan.

Bagi penjawat awam yang diisytiharkan bankrap, tindakan tatatertib boleh diambil akibat keterhutangan yang serius selain mencemarkan imej perkhidmatan awam, sekali gus menjejaskan peluang kenaikan gaji dan pangkat selain kelayakan pembayaran bonus dan bantuan kewangan turut terjejas.

Di pihak jabatan pula, M Bakri berkata ketua jabatan seharusnya memantau tahap keterhutangan petugas di bawah selian masing-masing dan peka terhadap perubahan kelakuan mereka.

bebanan hutang

Ujarnya, tindakan pencegahan awal perlu dilakukan dengan cara memperbanyakkan aktiviti berkaitan pengurusan kewangan peribadi dan juga boleh bekerjasama dengan pakar atau penasihat kewangan bertauliah bagi membincangkan hal berkaitan pengurusan kewangan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zarina anjoulie
7 months ago

"Realitinya Artis Kita Banyak Tak Buat Duit.." - Zarina Anjoulie Dedah Ramai Artis Malaysia Bankrap Tapi Ingin Hidup Mewah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...