(10 GAMBAR)Temui Tatiana Tuzova, Patung Barbie Dalam Kehidupan Sebenar

Trending

(10 GAMBAR)Temui Tatiana Tuzova, Patung Barbie Dalam Kehidupan Sebenar

Seorang wanita Rusia menjadi tajuk utama akhbar kerana hidupnya yang sangat plastik, diadaptasi dari patung Barbie yang popular. Hidupnya yang ganjil itu membuat dia diberi pelbagai nama jolokan di media sosial, antaranya ‘Barbie Hidup’, ‘Patung Sebenar’ dan ‘Pencinta Merah Jambu’.
Tatiana-Tuzova-Barbie

Melihat Tatiana Tuzova yang berusia 28 tahun, mudah saja untuk menyimpulkan mengapa orang ramai menggelarnya begitu–dia sangat kurus seperti patung yang popular itu, mempunyai rambut perang yang panjang serta dia sentiasa mengenakan gaun kecil dengan lengan baju kembang. Dan dia juga memandu sebuah kereta merah jambu yang dicetak dengan wajah Barbie!

Advertisement

Tatiana-Tuzova-Barbie2

Obsesi Tatiana dengan Barbie bermula di zaman kanak-kanak, tapi pada zaman itu, ia dikira hobi yang normal dan sihat. Kini, ia merupakan kerjanya sepenuh masa.

Patung Barbie pertama yang diberi kepada saya ialah ketika saya berusia 12 tahun. Saya melihat Barbie sebagai wanita ideal dengan serta-merta dan saya mahu menjadi wanita ideal sepertinya. Saya warnakan rambut seperti warna rambutnya, beli baju dan aksesori yang serupa. Bilik saya sentiasa dipenuhi rumah mainan warna merah jambu, perabot, kereta dan segala barang dari jenama Barbie.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Seiring dengan peredaran masa, dia mengumpul banyak koleksi kasut, beg tangan dan aksesori yang sepatutnya dipakai oleh idolanya itu dalam kehidupan sebenar. Apartment Tatiana dihias seperti rumah Barbie–berwarna merah jambu dan penuh dengan mainan lembut. Hiasan dalaman keretanya yang berwarna merah jambu antaranya labuci, riben, sarung kusyen dan juga sudah tentu–wajah Barbie.

Tatiana-Tuzova-Barbie3

Dunia Tatiana yang serba merah jambu menjadi subjek perhatian pihak media, dan dia sering dijemput sebagai tetamu rancangan televisyen serta majlis awam dan parti kanak-kanak. Apa yang menarik, dia ialah idola ramai kanak-kanak perempuan Rusia, dan sering berkongsi tips dengan peminatnya!
Tatiana-Tuzova-Barbie4

Tatiana-Tuzova-Barbie5

Tatiana-Tuzova-Barbie7

Bagi saya, imej Barbie bukan sekadar imej, tetapi cara hidup. Sejak kanak-kanak, saya diberitahu saya kelihatan seperti anak patung. Saya membesar dalam keluarga yang penuh kreativiti ahli muzik, belajar menyanyi dan bermain piano. Dalam pementasan sekolah, saya sentiasa diberi watak puteri, dan saya rasa seperti seorang puteri.

Tatiana-Tuzova-Barbie9

Terpesona dengan dunia fantasi, Tatiana terus hidup dalam dunia itu sehingga ia menjadi hidupnya yang sebenar. Kini dia mencipta lagu untuk karakternya dan kadangkala mempersembahkan lagunya seperti anak patung, dan memiliki beratus kostum yang dia kenakan setiap hari. Katanya, kehidupan seperti ini menyeronokkan dan memberi inspirasi kepadanya untuk membuat lebih lagi.
Tatiana-Tuzova-Barbie10

Saya telah mencipta satu dunia indah yang saya kongsikan dengan orang lain melalui kreativiti saya. Saya mempunyai koleksi patung dan aksesori Barbie yang sangat banyak. Saya juga ada satu almari besar pakaian yang sentiasa dikemaskini dengan item terbaru. Saya tak pernah tampil dengan baju yang sama dua kali.

Tatiana-Tuzova-Barbie11

Ditanya sama ada lelaki tidak merasa hilang minat dengan penampilannya, Tatiana memberitahu:

Saya tidak pernah bertemu dengan lelaki yang tidak suka dengan penampilan saya. Ke mana pun saya pergi, saya diberi lebih perhatian berbanding wanita lain, lelaki mahu bergambar dengan saya, tawarkan pada saya hati mereka dan berjanji untuk menjaga saya. Walaupun begitu, saya rasa ramai wanita terganggu dengan saya, jadi saya rasa saya berada di landasan yang betul.

Tatiana bagaimanapun mengakui yang cara hidupnya menguji kesabaran lelaki pada jangka masa panjang. Wanita ini pernah bercerai tiga kali, dan walaupun pada mulanya suaminya menyokong obsesinya pada peringkat awal, seperti membelikannya patung, mainan lembut dan hiasan merah jambu untuk rumahnya, mereka rasa bosan selepas satu jangkamasa dan akan memintanya memilih antara hidup sebagai Barbie atau sebagai isteri yang menjaga rumahtangga.
Tatiana-Tuzova-Barbie12
Ketika ditanya mengapa mereka mengahwini dia sedangkan mengetahui siapa dirinya sejak awal, mereka menjawab yang mereka menyangka ia hanya imej dan dia akan berubah dengan perubahan masa. Tetapi dia tidak berubah dan berkata dia takkan berubah.

Ramai orang fikir saya gila kerana hidup seperti anak patung pada usia saya sekarang, tapi untuk apa saya lepaskan kehidupan yang saya inginkan sepanjang hidup saya. 10 tahun, malah 50 tahun dari sekarang, saya tetap akan hidup sebegini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...