(10 GAMBAR)Sepuluh ‘Raksasa’ Pembedahan Plastik

Trending

(10 GAMBAR)Sepuluh ‘Raksasa’ Pembedahan Plastik

1. Suntik minyak masak

Salah satu kes pembedahan plastik yang gagal ialah Hang Mioku, seorang wanita Korea Selatan yang ketagih pembedahan plastik. Dia yang berusia 48 tahun masih tidak puas hati dengan wajahnya dan mengambil tindakan berani iaitu menyuntik sendiri minyak masak ke wajah. Sekarang wajahnya tidak ubah seperti raksasa.

2. Gila pembedahan plastik

Jocelyn Wildenstein dikhabarkan telah menghabiskan sejumlah USD 4 juta untuk pembedahan kosmetik selama bertahun-tahun, dan akhirnya menjadi salah satu kes ketagihan pembedahan kosmetik yang teruk. Bagaimana ia terjadi?

Advertisement

Pada tahun 70-an, ada seorang wanita cantik bernama Jocelyn Wildenstein. Jocelyn seorang ibu beranak dua yang hidup mewah hasil pekerjaan sebagai perunding hasil seni.

Sehinggalah dia sendiri menangkap suaminya berlaku curang dengan seorang gadis 21 tahun. Sepatutnya dia pergi saja tinggalkan suaminya sambil bawa pergi semua duitnya, bukan? Tetapi dia berhasrat untuk memenangi semula hati suaminya dengan mencantikkan wajah melalui pembedahan. Lebih malang lagi, suaminya tetap meninggalkannya.

Tapi tak mengapalah, dia masih ada pakar bedah plastiknya.

Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


3. Bedah hidung 10 kali

Rasanya tak perlu kami terangkan lagi di sini. Khabarnya semasa hidupnya, hidung Michael Jackson dibedah lebih 10 kali.

4. Habis simpanan untuk pembedahan kosmetik

Pete Burns, bekas penyanyi untuk kugiran British, Dead Or Alive, terkenal melalui single “You Spin Me Round (Like A Record)”, telah menyuntik terlalu banyak polyacrylamide ke dalam bibirnya, sekali dengan implan pipi, beberapa kali membentuk hidung dan melukis banyak tatu badan. Pada awal 2006 dia mendedahkan yang dia telah menghabiskan kesemua wang simpanannya untuk membetulkan semula wajah selepas melalui prosedur pada bibir yang gagal.

5. Lelaki Kucing

Dennis Anver, juga dikenali sebagai ‘Lelaki Kucing’ telah melalui banyak pembedahan untuk kelihatan seperti seekor harimau.

6. Lelaki Cicak

Dilahirkan sebagai Eric Sprague pada tahun 1972, ‘Lelaki Cicak’ ini antara manusia pertama melalui prosedur pembedahan untuk membelah lidah. Dia juga telah menukar rupanya kepada seekor reptilia melalui proses cacah yang memakan masa 700 jam, implan tanduk Teflon pada kening dan menajamkan gigi untuk menjadi taring, serta meregangkan septum dan cuping telinga.

7. Macam kartun

Sejak mengambil alih empayar fesyen dari abangnya Gianni, pereka fesyen Donatella Versace telah melalui beberapa pembedahan kosmetik drastik sehingga menjadikan dirinya kelihatan seperti kartun karikatur. Dia dikatakan menjalani pembedahan mengecilkan hidung, namun hidungnya terus membengkak selama bertahun-tahun, hasil pembedahan hidung yang tidak menjadi. Donatella yang berusia 50-an juga memiliki bibir terlebih tebal, menandakan ia telah disuntik dengan kolagen. Dia juga dikatakan menyuntik botoks untuk menghilangkan kedut. Kulit wajahnya terlebih tegang berbanding kulit badan yang kendur. Dan selepas Donatella berjaya menguruskan badan, implan payudaranya juga nampak jelas. Ada lagi yang tertinggal?

8. Erkk!

Ibu kepada pelakon terkenal Sylvester Stallone, Jackie Stallone juga terkenal kerana dakwaannya yang dia seorang psikik. Sekarang dia terkenal dengan wajah yang kelihatan hodoh kerana terlalu banyak melakukan pembedahan plastik, dan khabarnya dia dah buat semuanya: regangan muka, implan pipi, betulkan hidung dan tebalkan bibir.

9. Tak terkira jumlah pembedahan

Dulu dia ialah seorang budak lelaki yang miskin, namun pembedahan plastik yang tak terkira jumlahnya telah menjadikan Amanda Lepore seorang transeksual yang terkenal. Pembedahan plastik pertama yang dibuat semasa umurnya 15 tahun, membuat pembedahan tukar jantina pada tahun akhir sekolah tinggi dan bermacam-macam-macam pembedahan lagi.

10. Penderaan kolagen

Akhir sekali, temui sosialit Itali Michaela Romanini. ‘Penderaan’ kolagen pada bibir wanita berusia 40 tahun ini menjadikan beliau terkenal kerana wajah hodohnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

13 Comments

  1. secret

    April 6, 2013 at 7:01 pm

    Truknyeeeeeee

  2. der

    March 28, 2013 at 12:23 pm

    seram tengok depa nie.. huhu..

  3. LOLaaa

    March 28, 2013 at 8:24 am

    how about Anita Sarawak? Ngeee

  4. Saye

    March 28, 2013 at 12:40 am

    Loya tekak..

  5. kak timah

    March 26, 2013 at 7:18 pm

    yg first tu muka mcm ngko lah xmcm rosmah pon

Loading...