(10 GAMBAR)Sepuluh Pembunuh Bersiri Paling Ditakuti Dalam Sejarah

Trending

(10 GAMBAR)Sepuluh Pembunuh Bersiri Paling Ditakuti Dalam Sejarah

Seorang pembunuh bersiri diklasifikasikan sebagai seseorang yang membunuh tiga atau lebih orang dalam satu jangkamasa yang lama. Mereka biasanya memakai ‘topeng kewarasan’, yang bermaksud, luarannya mereka kelihatan seperti manusia normal lain yang mematuhi undang-undang. Bagaimanapun, di sebalik luaran ini mereka adalah psiko yang tidak mempunyai keupayaan untuk bersimpati dengan penderitaan mangsa-mangsa mereka.

Teruskan membaca untuk mengetahui tentang 10 orang pembunuh bersiri paling menakutkan yang pernah ditangkap!

Advertisement

1. John Wayne Gacy

Juga dikenali sebagai ‘badut pembunuh’, dia seorang suami dan ayah, tetapi dia juga merupakan pesalah seks berulang yang memangsakan ramai orang semasa hayatnya. Dia ditangkap kerana menyerang secara seksual dua orang remaja lelaki pada tahun 1968 dan dihukum penjara 10 tahun, tetapi kerana sikap yang terbilang sebagai banduan, dia dibebaskan di bawah parol selepas dipenjarakan selama 18 bulan.

Sebaik saja dibebaskan dari penjara, Gacy berkahwin semula buat seketika (kemudian bercerai apabila bekas isterinya mendapat tahu dia seorang homoseksual) dan menjadi anggota masyarakat yang disenangi dan popular. Dia gemar berpakaian sebagai ‘si badut Pogo’ dan sering menawarkan khidmat sebagai badut secara sukarela di parti kanak-kanak, perarakan atau perjumpaan komuniti yang lain.

Dalam enam tahun di antara waktu dia dibebaskan dari penjara dan ditangkap semula kerana disyaki menculik, Gacy membunuh 33 orang pemuda. Dia menanam mayat-mayat mereka di rumahnya, di halaman rumah dan membuang mayat mereka di sebuah sungai berdekatan. Mangsanya terdiri dari pengembara, pelacur lelaki serta pemuda dan remaja lelaki yang yang diumpan untuk masuk ke dalam keretanya atau rumahnya. Dia kemudiannya akan menyeksa, merogol dan membunuh mereka.

Selepas dia ditangkap semula, polis menjumpai tulang manusia di ruang bawah tanah rumahnya. Gacy membuat pengakuan penuh tentang pembunuhan-pembunuhan yang telah dilakukannya dan dia telah dihukum mati pada tahun 1994.


2. Jeffrey Dahmer

Jeffrey Dahmer ialah antara pembunuh bersiri paling ditakuti dalam sejarah Amerika Syarikat. Dalam tempoh 13 tahun, Dahmer membunuh 17 orang pemuda dan remaja lelaki, dan yang paling teruk, pembunuhan yang dilakukan oleh Dahmer melibatkan rogol, pemotongan anggota badan, nekrofilia dan kanibalisme.

Walaupun beberapa orang mangsa Dahmer berjaya melepaskan diri, dia tidak ditangkap sehinggalah salah seorang mangsanya yang berlari di jalan raya berjaya menahan sebuah kereta polis. Di dalam apartmentnya, polis menemui beberapa perkara yang menimbulkan ‘ketergangguan’, iaitu Dahmer mencipta hamba seks yang tidak melawan dengan menggerudi kepala mangsanya yang masih hidup. Apabila mereka mati, Dahmer akan melakukan ‘upacara’ dengan mayat mereka, termasuk serangan seksual dan dalam sesetengah kes, dia akan makan anggota mayat tersebut.

Dahmer akhirnya dibawa ke muka pengadilan, dan pada 28 November 1994 dia dibelasah sehingga mati oleh rakan banduannya di Pusat Pemulihan Columbia, di mana mayatnya dibakar.

Lagi 8 orang pembunuh bersiri dengan membaca entri ini sepenuhnya.

3. Ted Bundy

Ted Bundy ada rupa, peramah dan berkarisma. Bagaimanapun, di sebalik wajah kacaknya ada minda sadis seorang pembunuh bersiri. Di antara tahun 1974 dan 1978 Bundy menculik dan membunuh 20 orang wanita muda di Amerika Syarikat. Itu antara jumlah yang direkodkan, pakar jenayah mengatakan yang dia mungkin terlibat dengan kehilangan dan pembunuhan 40 orang perempuan lain yang tidak diakuinya.

Untuk mengumpan mangsanya, Bundy sering berlakon sebagai orang kelainan upaya atau dia akan menyamar sebagai anggota badan berkuasa. Dalam sesetangah kes yang lain dia akan memecah masuk ke dalam rumah mangsanya dan memukul mereka dengan objek keras sehingga mati sewaktu mereka tidur. Selepas membunuh mereka, Bundy akan merogol, menyeksa mayat atau memotong anggota badan mereka, selalunya dia menyimpan anggota badan ini sebagai cenderamata selama berbulan-bulan.

Selepas satu kes yang melibatkan Bundy mendapat perhatian orang ramai, Bundy ditangkap dan di bawa ke muka pengadilan pada tahun 1979 dan dihukum mati menggunakan kerusi elektrik pada tahun 1989 di Starke, Florida.

4. Gary Ridgway

Dikenali sebagai “pembunuh Green River”, Gary Ridgway mencekik sekurang-kurangnya 71 orang wanita di negeri Washington di antara tahun 1980’an hingga 1990’an. Lima mangsanya yang pertama ditemui di Green River, di mana dia mendapat nama jolokannya. Dia akhirnya ditahan setelah bukti-bukti DNA mengaitkan dirinya dengan beberapa wanita yang hilang, dan dia telah mengaku salah dan membuat rayuan bagi mengelakkan hukuman mati. Sebagai tukarannya, Ridgway bersetuju untuk mendedahkan lokasi-lokasi mayat kesemua mangsanya. Walaupun mempunyai IQ hanya 82, Ridgway berjaya mengelak dari ditangkap selama lebih sedekad sebelum dia akhirnya ditangkap pada November 2001.

Ridgway menyasarkan pelacur dan gadis-gadis yang lari dari rumah, mendapatkan kepercayaan mereka dengan menunjukkan mereka gambar anak lelakinya, sebelum mencekik leher mereka menggunakan tangannya atau dengan sejenis tali. Dia selalunya kembali pada mayat-mayat mereka untuk melakukan hubungan seks atau menyusun mereka dalam posisi tertentu.

Ridgway masih hidup dan sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol di Washington.

 

5. Ed Gein
Walaupun Ed Gein hanya mengaku bersalah untuk dua pertuduhan membunuh dan dia tidak menepati definisi tipikal seorang ‘pembunuh bersiri’, kelakuannya yang mejelikkan itu telah menginspirasikan banyak cerita-cerita seram, antaranya Norman Bates dalam filem Psycho, Leatherface dari filem The Texas Chainsaw Massacre dan Jame Gumb dari Silence of the Lambs.

Ed Gein tinggal di Wisconsin bersama ibu dan adik lelakinya. Dia disyaki membunuh adiknya, tetapi pihak polis tidak dapat membuktikannya. Selepas ibunya mati, Gein mula menziarah kawasan perkuburan tempatan, menggali mayat-mayat wanita pertengahan usia yang dalam fikiran beliau menyerupai ibunya dan membuat ‘sut wanita’ dari kulit mereka. Dia kemudiannya membunuh dua orang wanita lain, dan apabila polis menggeledah rumahnya, mereka menjumpai banyak anggota badan yang telah diceraikan dari tubuh mangsanya.

Polis menemui hidung-hidung manusia, tengkorak yang dijadikan mangkuk, topeng kulit manusia, kepala manusia dalam guni, kerusi dan lampu yang dibaluti daging manusia, organ badan dalam peti sejuk serta tali pinggang kulit manusia.

Gein ditahan pada tahun 1957 dan menghabiskan sisa kehidupannya di hospital sakit jiwa setelah disahkan menghidap sakit mental. Dia meninggal dunia kerana kegagalan jantung dan barah pada tahun 1984 pada usia 77 tahun.

6. Henry Lee Lucas

Pernah disenaraikan sebagai pembunuh bersiri Amerika paling prolifik, Henry Lee Lucas membunuh sekurang-kurangnya 350 orang dalam masa 20 tahun, walaupun dia mengaku bertanggungjawab untuk 600 pembunuhan. Lucas ialah inspirasi bagi filem, Henry, The Portrait of Serial Killer.

Selepas membunuh ibunya sendiri, Lucas menghabiskan masa 10 tahun dalam penjara tetapi kemudiannya dibebaskan kerana penjara terlalu sesak. Apabila dikeluarkan, dia merayau sekitar negeri-negeri Amerika syarikat di bahagian selatan dan berkawan dengan Ottis Toole, yang kemudiannya menjadi rakan jenayah beliau untuk 108 pembunuhan dan jenayah yang lain.

Pada tahun 2001 Lucas mati di penjara kerana sakit pada usia 66 tahun.

7. Aileen Wuornos

Salah seseorang dari hanya beberapa orang pembunuh bersiri berjantina perempuan yang pernah direkodkan, Aileen ialah seorang pelacur yang membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang lelaki di antara tahun 1989 dan 1990. Aktres Charlize Theron memenangi anugerah Oscar untuk pelakon wanita terbaik menerusi wataknya sebagai Aileen dalam filem Monster.

Wuornos menjalani kehidupan penuh dengan penderaan dan ditinggalkan, melahirkan bayi pada usia 15 tahun (yang diberi pada keluarga angkat) dan menjalani hubungan sumbang mahram dengan abangnya. Dia pernah berkahwin untuk seketika dan menghabiskan masa di penjara kerana rompakan dan menyerang. Pada satu masa, dia jatuh cinta dengan seorang wanita dan menyara kehidupan mereka berdua dengan melacur. Semasa tahun-tahun menjadi pelacur Wuornos menembak mati tujuh lelaki yang didakwanya cuba mencederakan dia semasa melacur.

Wuornos ditahan pada tahun 1991 dan mengaku bersalah untuk kesemua tuduhan membunuh tiga hari kemudiannya. Dia dihukum mati dengan kaedah suntikan maut pada tahun 1991.

8. Richard Trenton Chase

Diberi jolokan “Pontianak Sacremento”, Richard Trenton Chase terkenal kerana minum darah mangsanya dan makan anggota badan mereka. Dia membunuh enam orang dalam masa satu bulan di utara California pada tahun 1977. Chase dimasukkan ke hospital sakit jiwa selepas ditangkap kerana menangkap haiwan-haiwan kecil kemudian makan haiwan itu hidup-hidup, kadangkala mengisar haiwan itu dengan Coca Cola untuk diminum. Selepas diberi rawatan ubat anti-psikotik, dia dikeluarkan dari hospital dan pada masa itu dia mula membunuh manusia.

Enam orang yang dibunuh oleh Chase termasuk dua kanak-kanak, dia melakukan hubungan seks dengan mayat selepas membunuh. Dia juga akan mandi dengan darah mereka. Chase akhirnya ditangkap pada tahun 1979. Pihak pembela cuba untuk mendapatkan hukuman lebih ringan untuk Chase atas dakwaan masalah mental, tetapi seorang juri mendapati dia bersalah dan dia telah dihukum mati dan sepatutnya menjalani hukuman dalam peti gas beracun. Chase bagaimanapun berjaya membunuh diri dalam penjara pada tahun 1980 dengan menyimpan ubat anti-murung sehingga cukup untuk mati akibat terlebih dos dalam sel kurungannya.

9. Andrei Chikatilo

Pembunuh Soviet kelahiran Ukrania Andrei Chikatilo diberi jolokan “pelapah daging Rostov”, “Red Ripper” dan “Rostov Ripper”. Dia membunuh sekurang-kurangnya 52 orang wanita dan kanak-kanak di antara tahun 1978 dan didapati bersalah pada tahun 1992 sebelum dihukum mati pada tahun 1994.

Chikatilo mula membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun pada tahun 1979 dan pada masa itu dia mendapati dia hanya boleh mencapai kepuasan seksual dengan menikam dan menetak wanita dan kanak-kanak sehingga mati.

Chikatilo sering keluar dan masuk penjara dan disyaki melakukan jenayah selama beberapa tahun, tetapi tidak pernah ada cukup bukti untuk menahannya. Akhirnya, melalui satu perancangan rapi pihak polis, dia ditahan pada tahun 1990 dan mengaku menbunuh sekurang-kurangnya 36 orang. Dia didakwa atas 52 pertuduhan membunuh pada tahun 1992. Dia dihukum mati pada tahun 1994 dengan satu tembakan tepat di belakang telinga kanannya.

10. Dennis Rader

Di antara tahun 1974 dan 1991, Dennis Rader membunuh sekurang-kurangnya 10 orang di Wichita, Kansas. Rader juga menghantar nota kepada pihak berkuasa tempatan dan media tentang proses pembunuhannya yang melibatkan seksaan terhadap mangsa, mengejek mereka untuk menangkapnya. Akhirnya nota-nota yang dihantarnya inilah yang menyebabkan dia ditangkap pada tahun 2005.

Rader ditangkap polis apabila pihak berkuasa berjaya mendapatkan semula satu fail yang telah dipadamkan dari sebuah disket yang dihantar oleh Rader kepada mereka. Dalam disket tersebut ialah fail informasi gereja di mana Rader ialah seorang ahli yang aktif. Dia didapati bersalah untuk 10 tuduhan membunuh pada tahun 2005. Dia masih dipenjarakan hingga kini tanpa kemungkinan parol untuk seumur hidup.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...