(10 GAMBAR)Sepuluh Kuih Tradisional Kegemaran Rakyat Malaysia

Trending

(10 GAMBAR)Sepuluh Kuih Tradisional Kegemaran Rakyat Malaysia

Pastinya anda gemar kuih tradisional bukan? Kuih-kuih tradisional sememangnya versatil, boleh dimakan sebagai sarapan, mahupun untuk minum petang. Paling sesuai jika ia dimakan bersama secangkir teh ‘o’ panas atau kopi ‘o’ panas. Memang syok. Petang-petang ini kita mengimbau kuih tradisional yang sering menjadi pilihan untuk sarapan pagi mahupun minum petang. Jom?

1. Putu Piring
Tak ramai orang pandai membuatnya. Ia diperbuat dari tepung beras, gula merah dan dimakan bersama kelapa parut. Cara terbaik beli saja di pasar. Teksturnya yang lembut di luar, basah di inti dan dilengkapkan pula kelapa parut yang lemak masin dilapiskan dengan daun pandan. Kuih ini dikukus sehingga masak. Mengasyikkan.

Advertisement

2. Karipap Pusing
Yang ini tidak sukar untuk dibuat, tetapi ada orang yang tidak gemarkan teksturnya yang rapuh dan kepingan pastri mudah jatuh ke atas baju jika dimakan. Tapi berbaloi bukan? Kibas sajalah serpihan yang jatuh, tak susah pun. Selepas digoreng panas-panas, makan dengan teh ‘o’ panas. Pergh!

Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

3. Buah Melaka

Tekstur luar yang kenyal dan liat hasil adunan tepung pulut digabungkan dengan gula merah yang cair di bahagian tengah dan disalut dengan kelapa parut. . Kuih ini direbus saja. Apabila timbul di permukaan air, ia diangkat, ditoskan kemudian disalut dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan garam. Boleh lena dek kesedapannya

4. Kuih Seri Muka

Di atas ialah lapisan tepung lembut berperisa pandan dan di bahagian bawah pula ialah lapisan pulut yang lemak dan sedikit masin. Lebih sedap sekiranya menggunakan daun pandan asli. Namun ramai yang menggunakan esen pandan dan pewarna tiruan saja. Kuih ini dikukus sehingga masak.

5. Kuih Tepung Pelita
Yang ini juga agak renyah untuk dibuat sendiri, jadi lebih mudah dibeli saja. Tambahan pula, ramai yang pandai buat kuih ini di Kuala Lumpur. Kelongsongnya dibuat dari daun pisang, bahagian atas ialah santan lemak masin yang sedikit pekat manakala bahagian bawah ialah lapisan tepung yang lembut berperisa pandan. Seperti biasa, kalau gunakan pandan asli, lebih sedap. Tapi yang menggunakan esen pandan dan pewarna hijau lebih mudah dijumpai. Kuih ini dikukus sehingga masak.

6. Kuih Lapis
Kuih ini tidak sukar dibuat, namun hasilnya mantap. Selepas lapisan tepung dihasilkan, bahagi kepada dua bahagian dan warnakan satu bahagian dengan menggunakan sirap ros, kemudian kukus lapisan demi lapisan berlainan warna untuk menghasilkan kuih berbelang merah dan putih.

7. Kuih Koci Bersantan
Lapisan tepung pulut dan pulut hitam diisi dengan inti kelapa gula melaka, kemudian direbus sebelum dikukus semula selepas disira dengan santan pekat dan dibungkus dengan daun kelapa sebelum dikukus semula. Best gilak.

8. Putu Perak

Merupakan kuih tradisional negeri Perak, rasanya memang enak sekali. Tepungnya dihasilkan dengan cara menumbuk beras, intinya pula ialah kelapa parut yang sedikit masin dan dilapis dengan daun pandan di bahagian bawah sebelum dikukus. Tak semua orang pandai menghasilkan kuih ini. Kalau yang tak pandai, tepung akan melekat di langit-langit dalam mulut.

9. Kuih Seri Ayu @ Puteri Ayu
Sesuai dengan namanya, kuih ini comel dan baunya harum. Tekstur di bahagian atas ialah lembut dan gebu manakala di bahagian bawah ialah kelapa parut yang dikukus bersama dalam acuan.

10) Kuih Lopes

Kuih ini memang ramai penggemar. Ia dihasilkan dengan pulut yang setengah masak, dan dicampurkan dengan air perahan pandan sebelum dikukus semula. Ia digaulkan dengan kelapa parut dan sedikit garam. Kuih lopes dimakan dengan kuah gula melaka yang pekat dan manis. Rasanya, pergh!

Yang mana satu kegemaran anda? Atau suka kuih yang lain? Jom kongsi bersama kami.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...