Pada malam 7 Disember lepas, satu majlis solat hajat dan doa selamat buat penyanyi dan pelakon Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal,30, telah diadakan di Shah Alam, Selangor. Majlis itu dihadiri oleh berapa orang rakan rapat Elyana seperti Anita Baharom yang berlakon bersamanya dalam drama popular sekitar 2005-2008 iaitu Dunia Baru dan para peminat yang mahu melihat dia sembuh. Turut serta ialah anak perempuan Elyana, Cinta Sumayyah, 6 dan suaminya, Khairul Anuar Hussin.
Majlis itu turut dihadiri pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al Islah. Elyana pada 26 November lepas membuat pendedahan bahawa dia ialah seorang pesakit kanser limfoma tahap empat dan pernah diberitahu oleh doktor bahawa dia mempunyai masa setahun saja untuk hidup. Ramai tidak menyangka Elyana tidak sihat kerana dia sentiasa menunjukkan persembahan bertenaga di Gegar Vaganza 4 dan sering berada dalam keadaan ceria.
Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Bersama kita doakan Elyana akan sembuh dari penyakitnya. Semangat, ketabahan dan positiviti yang ditunjukkan Elyana dan keluarganyasepanjang tujuh tahun berdepan dengan penyakit ini adalah sesuatu yang wajar diberi pujian. – beautifulnara.com
Kredit gambar: The Photo Symptom