(10 GAMBAR)Seekor Anjing Ditinggalkan Tuannya Di Tepi Jalan, Namun Keajaiban Berlaku

Trending

(10 GAMBAR)Seekor Anjing Ditinggalkan Tuannya Di Tepi Jalan, Namun Keajaiban Berlaku

Di Thailand, seekor anjing ditinggalkan oleh tuannya di tepi sebuah jalan.

Tidak memahami dirinya telah dibuang, anjing itu tetap menunggu di tepi jalan itu untuk dibawa pulang oleh tuannya.
 photo thai-dog-rescue-6.jpg

Advertisement

Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Penunggang-penunggang motor di Phuket, Thailand perasan akan anjing yang ditinggalkan itu berdiri di tepi jalan. Setiap hari ia menunggu jika tuannya yang kejam itu akan mengambilnya semula.
 photo thai-dog-rescue-3.jpg

Hari berganti hari dan ia tidak pernah meninggalkan kawasan itu.
 photo thai-dog-rescue-11.jpg

Setelah beberapa lama, orang yang berhati mulia datang mahu membantunya, tetapi ia tidak membenarkan mereka datang dekat padanya.
 photo thai-dog-rescue-5.jpg

Mereka meninggalkan payung untuk melindunginya dari terik matahari.
 photo thai-dog-rescue-10.jpg

Dan mereka meninggalkan makanan untuk ia makan. Tetapi ia makan sedikit saja dan masih menunggu tuannya datang menyelamatkannya.
 photo thai-dog-rescue-7.jpg

Namun tak kira hujan atau panas ia tetap enggan berteduh di bawah payung yang ditinggalkan untuknya.
 photo thai-dog-rescue-2.jpg

Seolah-olah ia bimbang jika ia berteduh tuannya tidak akan nampak dia untuk mengambilnya semula.
 photo thai-dog-rescue-8.jpg

Semakin lama, lebih banyak gambar anjing yang setia ini diedarkan di Internet. Pada 19 Ogos 2014, ia masih di situ, setelah dua bulan tidak tidur menunggu tuannya.
 photo thai-dog-rescue-12.jpg

Keadaan seolah-olah tidak berubah sehinggalah orang ramai melaporkan tentang anjing ini kepada satu badan menyelamatkan anjing di Thailand, Soi Dog Rescue. Dalam masa sehari, anjing ini telah berjaya diselamatkan dan dibawa ke pusat perlindungan haiwan itu, tetapi selepas hanya beberapa hari diselamatkan, ia telah mendapat keluarga angkat yang baru!
 photo thai-dog-rescue-91.jpg

Memang mengagumkan apa yang boleh dicapai jika kita berusaha sedaya upaya untuk membantu haiwan yang memerlukan. Semoga anjing ini akan berbahagia tinggal dengan keluarga barunya.

Laporan asal: ReshareWorthy

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...