Keadaan trafik menjadi buruk di ibu kota kerana sebahagian permukaan jalan di persimpangan antara Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah telah runtuh. Ini ialah disebabkan satu terowong bawah tanah yang sedang dibina di situ telah pecah pagi tadi.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan elakkan dari menggunakan jalan berdekatan.
Runtuhan itu berlaku dekat dengan tiang monorel, yang menyebabkan perkhidmatan itu dari stesen Hang Tuah ke stesen Imbi dihentikan serta merta.
Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.