(10 GAMBAR)Penjelmaan Misteri Dalam Foto Di Thailand

Trending

(10 GAMBAR)Penjelmaan Misteri Dalam Foto Di Thailand

Beberapa tahun lepas kami pernah menulis mengenai penjelmaan misteri dalam foto di Malaysia yang mendapat sambutan hangat. Kali ini kami bawakan kepada anda penjelmaan misteri dalam foto di Thailand.

1. Sahabat Selamanya

Advertisement

01

Dua sahabat ini mendakwa lelaki di tengah ialah roh kawan mereka yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

2. Peminat Ekstra

02

Satu gambar Instagram menampilkan pelawak Yokyek Cheonyim menjadi viral kerana terdapat seorang lagi peminat yang bergambar sama dalam foto. Lihat refleksi di cermin belakang? Ada berapa orang?

Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

3. Lembaga Berlumuran Darah

03Gambar ini diambil oleh sekumpulan sukarelawan yang sedang menguruskan mayat seorang mangsa kemalangan jalan raya. Nampak lembaga berlumuran darah? Mungkin dia sedang melihat mayatnya sendiri.

4. Siapa di atas keranda?

04

Tetamu satu upacara pengebumian mengambil gambar berkumpulan setelah upacara selesai, tetapi nampaknya ada makhluk lain mahu bergambar sama. Melihat warna kulit dan cara duduk di atas keranda, ia kelihatan bukan seperti manusia.

5. Masih Dalam Van

05

Besar kemungkinan mengambil gambar di belakang van mayat bukan sesuatu langkah yang bijak. Ada budak lelaki yang masih belum keluar dari van nampaknya.

6. Kaki Siapa?

06

Pada satu pengebumian seorang sukarelawan menyelamat yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, seorang tetamu mengambil dua gambarnya dengan uniform si mati. Tetapi siapakah berada di belakang bingkai gambar dalam foto kedua?

Sepasang kaki misteri itu memakai uniform yang sama dengan satu kasut lagi telah hilang, sama dengan keadaan si mati sewaktu meninggal dunia (mereka tidak menemui sebelah lagi kasutnya).

7. Kawan Sekelas

07

Mahu mengambil gambar guru, muncul pula wajah ‘rakan sekelas’. Mungkin dia mahu rakan yang mengambil gambar itu tumpu perhatian pada pelajaran.

8. Menaiki Ferris Wheel

08

Yang lain-lain elok-elok duduk dalam koc, tetapi yang seorang itu duduk di atas Ferris Wheel.

9. Mohon Restu

10

Para pelajar berlutut di hadapan guru untuk meminta restu. Tidak disangka yang tidak berkepala pun tumpang sekaki.

10. Tangan Misteri

12

Seorang peminat rangkaian radio Thailand, The Shock, menghantar selfie yang diambil di hotel di Udonthani. Lelaki itu mendakwa dia seorang diri saja di bilik hotel. Mungkin penyewa sebelum ini masih belum mendaftar keluar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...