Herbert Chavez, seorang peminat Superman dari Filipina, begitu meminati Man of Steel sehinggakan menjalani beberapa pembedahan kosmetik supaya dia kelihatan serupa dengan adiwira pujaan ramai tersebut.
Menurut satu laporan video oleh Marie Lozano dari Bandila News, Herbert, 35, telah mengubah wajah asal secara dramatik untuk menyerupai Superman. Pembedahan pertama yang dibuat oleh Herbert ialah pada tahun 1995, dan seterusnya beberapa pembedahan lagi untuk membesarkan dan membentuk lekuk dagu, memancungkan hidung, suntikan silikon untuk bibir yang lebih penuh, malah implan di paha untuk mendapatkan susuk yang sasa.
Terdapat juga spekulasi yang Herbert telah mengubah bahagian mata, meninggikan pipi serta membesarkan rahang.
Herbert yang bekerja sebagai pelatih untuk peserta ratu cantik, juga memiliki sejumlah memorabilia Superman, termasuk patung saiz hidup, figura aksi, kostum, komik dan pelbagai barangan Superman lain.
Dalam laporan yang sama, seorang pakar psikiatri mengatakan Herbert besar kemungkinan mengidap Body Dysmorphic Disorder, iaitu satu penyakit mental di mana seseorang tidak boleh berhenti memikirkan mengenai ketidaksempurnaan pada penampilannya.
Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Muzikal “Tugau” bakal dipentaskan di DUN Sarawak Lama, Kuching pada 13 – 15 Disember 2013 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) mulai 8.15 malam. Antara yang membintangi muzikal ini ialah Mahmud Ali Basha, Izzurul Hisyam, Ricky Kimwah, Hartinah Abdullah, Soffina Ahmad, Azlin Rebi, Arziwan, Penari PETRA, Artis Budaya JKKN Sarawak dan ramai lagi. Dengan pembabitan 61 pelakonm penari, pemuzik, pesilat dan penyanyi, drama muzikal ini jua menampilkan Bob Yusof yang menyanyikan lagu ‘Tugau’.
Dapatkan tiket anda dari Petra Enterprise (082-413 041) atau pejabat JKKN Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar. Tiket berharga RM 25 (dewasa) dan RM 15 (pelajar sekolah rendah).