January 19th, 2015

Pemuzik, penyanyi dan pencipta lagu Taiwan Jay Chou mengahwini teman wanitanya Hannah Quinlivan di Yorkshire, England dalam satu majlis perkahwinan pada 17 Januari di hadapan 50 orang sahabat dan ahli keluarga.


 photo JayChou-Wedding-6.jpg

Chou dan isteri memutuskan untuk mengadakan majlis secara privasi dan bebas dari paparazzi dan wartawan. Walau begitu, lokasi majlis perkahwinan mereka iaitu Selby Abbey dan Castle Howard menjadi kawasan tumpuan pelancong dalam sekelip mata sebagai hasilnya,lapor Straits Times. Agen Chou, Yang Chun-jung dilaporkan berkata:

Chou nampak gementar sedikit. Dia sibuk dan gembira.

Chou mengupah 20 anggota orkestra untuk mempersembahkan muzik secara langsung, termasuk sebuah lagu yang diciptanya khas untuk majlis perkahwinan itu. Tambah Yang:

Walaupun mengambil masa yang lama untuk berlatih, dia sangat puas hati dengan persembahan orkestra itu.

Chou dan Quinlivan, seorang model Taiwan yang berdarah kacukan Australia, telah bercinta selama empat tahun sebelum berkahwin. Hubungan mereka disahkan tahun lepas apabila Chou menetapkan tarikh perkahwinan.

Keduanya berkemungkinan besar akan berbulan madu di Britain, kerana bintang itu akan tinggal di sana bagi menjalani penggambaran filem thriller keluaran 2016 Now You See Me: The Second Act, lapor Apple Daily.

Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo JayChou-Wedding-7.jpg
 photo JayChou-Wedding-8.jpg
 photo JayChou-Wedding-14.jpg
 photo JayChou-Wedding-5.jpg
 photo JayChou-Wedding-3.jpg
 photo JayChou-Wedding-4.jpg
 photo JayChou-Wedding-9.jpg
 photo JayChou-Wedding-12.jpg
 photo JayChou-Wedding-13.jpg


Comments are closed.

Loading...