(10 GAMBAR)Gula-gula Zaman Persekolahan Yang Klasik

Trending

(10 GAMBAR)Gula-gula Zaman Persekolahan Yang Klasik

Di zaman sekolah, kita semua biasa membeli gula-gula dari kedai. Biasanya hanya membeli yang murah (tiada Ferrero Rocher) dan gula-gula yang amat popular sekitar 80-an dan 90-an ini masih boleh didapati sehingga ke hari ini.

Tora dan Ding Dang
Photobucket
Siapa tak kenal gula-gula ini. Tora dan Ding Dang berisi bebola bersalut coklat tetapi biasanya dibeli oleh kanak-kanak kerana mainan yang didapati secara percuma dengan pembeliannya. Tambahan pula pengiklanannya bagus. Siapa ingat suara latar pakcik Mat Sentul untuk iklan televisyen gula-gula ini?

Advertisement

Gula-gula Arnab Putih
Photobucket
Gula-gula import dari China ini enak kerana rasa susu, tetapi disyaki mengandungi bahan berbahaya dan ditarik dari dijual dari pasaran beberapa tahun lepas. Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Bazar Seni Industri Budaya akan berlangsung kali ketiga pada 12 dan 13 Mei ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur mulai 2.30 petang hingga 10.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Untuk maklumat lanjut dan terkini, like Facebook Bazar Seni Industri Budaya.


Gula-gula Udang
PhotobucketIni ialah kegemaran kami.  Isi dalamnya diperbuat dari gula merah, disaluti susu dan sehelai kertas yang boleh dimakan, diperbuat dari beras. Nyam nyam!

Gula-gula Tablet

PhotobucketJuga dikenali sebagai gula-gula ubat kerana rupanya yang berbentuk tablet, gula-gula ini memiliki perisa susu yang kemudiannya dibezakan dengan perisa tambahan, antaranya ros, coklat, jagung dan kelapa.

Gula-gula Sugus

PhotobucketGula-gula Sugus dikenali kerana ianya boleh dikunyah dan kenyal, rasanya biasanya dari rasa buah seperti oren, strawberi, mangga dan anggur.

Gula-gula Bendera

PhotobucketPasti anda biasa melihat gula-gula ini bukan? Dikenali kerana bendera Malaysia, gula-gulanya terletak di ruang kosong dalam pemegang bendera. Rasanya seperti gula standard, sedikit rasa coklat dan disaluti pelbagai warna.

Nini Cokelat Celup

PhotobucketSatu paket mengandungi beberapa batang biskut yang boleh dicelup dalam coklat cair dan dimakan.

Trevor t-Drops

PhotobucketYang ini agak mahal, jadi agak jarang juga dapat dibeli kanak-kanak. Ianya terdiri dari gula-gula keras pelbagai perisa buah yang disaluti serbuk yang  tidak kami ingat jenisnya. Besar kemungkinan glukos.

Bubble-gum

Photobucket

Yang ini boleh dikunyah, menghasilkan perisa buah dalam mulut dan bila sudah cukup dikunyah, boleh ditiup menjadi belon. Klasik.

Gula-gula Kenyal

Photobucket

Yang ini teksturnya kenyal, ada sedikit seperti rasa marshmallow dan disaluti gula halus. Kami fikir rasanya sama saja seperti rasa buah limau, cuma warnanya yang berlainan.

Amaran: makan gula-gula dalam kadar yang banyak berbahaya untuk kesihatan!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

43 Comments

  1. JewellX

    August 10, 2017 at 3:16 am

    Hello admin i see you don’t monetize your blog.
    You can earn extra money easily, search on youtube for:
    how to earn selling articles

  2. free ip proxy

    June 22, 2017 at 10:30 am

    Hello,I read your blog named “(10 GAMBAR)Gula-gula Zaman Persekolahan Yang Klasik | AmazingNara – Segalanya Di Sini!” daily.Your story-telling style is witty, keep it up! And you can look our website about free ip proxy.

  3. los angeles

    March 31, 2017 at 12:52 pm

    I came across your own weblog internet site on the internet and appearance a couple
    of of your earlier posts. Still keep in the really very good operate.
    I just additional up your Feed to my MSN Information Reader.
    Seeking toward reading through much more off your stuff afterwards!?