Written by serenity | June 3rd, 2013

Kadangkala kita membaca berita mengenai gadis-gadis yang hilang begitu saja. Kadangkala kita tidak tahu ke mana mereka pergi. Ada kes gadis lari dari rumah, ada pula yang dilarikan.

Filem Lari yang bakal ditayangkan di pawagam 6 Jun ini, bagaimanapun memaparkan kisah seorang abang yang cuba menyelamatkan adik perempuannya yang dilarikan ke seberang untuk didagangkan menjadi pelacur. Pelbagai liku dan cabaran dilalui oleh Khaliff, watak yang dibawakan oleh Aaron Aziz, semasa penggembaraannya ke seberang untuk menyelamatkan adiknya.


Filem “Lari” dikategorikan sebagai filem aksi, diarahkan oleh Ahmad Idham dan diterbitkan oleh Excellent Pictures. Kalau diperhatikan dari sudut jalan cerita, ianya kelihatan berlainan dengan filem-filem arahan Ahmad Idham sebelum ini yang lebih berkisar kisah mat rempit dan bergenre komedi.



Filem ini turut manampilkan Dira Abu Zahar, Erin Malik, Erry Putra dan lain-lain. Lebih menarik lagi, aksi-aksi yang ditampilkan dalam filem ini diarahkan oleh pengarah lagak ngeri dari Thailand yang memang terkenal dengan penghasilan filem aksinya.


Jadi, jika berkesempatan, apa kata beri peluang pada filem Lari untuk menyampaikan mesejnya pada anda? Mungkin filem Lari akan menampilkan sesuatu yang baru dan berlainan untuk peminat filem Malaysia?

Kredit gambar, Facebook Filem Lari.









Comments are closed.