(10 GAMBAR)Cara Menghasilkan Aiskrim Yang Berkrim Dan Lazat, Hanya Dengan Satu Bahan

Trending

(10 GAMBAR)Cara Menghasilkan Aiskrim Yang Berkrim Dan Lazat, Hanya Dengan Satu Bahan

Ramai yang gemar makan aiskrim bukan? Namun ramai juga yang takut makan aiskrim kerana kadar gula dan lemak yang tinggi. Ini kerana aiskrim biasanya dihasilkan dari bahan tenusu dan juga gula pasir atau gula yang sifatnya diperhalusi seperti gula putih atau gula perang.

Namun sebenarnya, anda boleh menghasilkan aiskrim menggunakan bahan yang semulajadi. Yang lebih menarik, anda cuma perlukan satu bahan ini sahaja untuk menghasilkan aiskrim dengan tekstur berkrim seperti aiskrim mahal.

Advertisement


 photo 51afd01ffb04d604a2000962_w540_sfit_.jpeg

Apakah bahan ini? Tahniah jika tekaan anda tepat: pisang. Dengan menggunakan pisang manis yang masak, anda tidak perlu masukkan susu atau gula tambahan untuk menikmati aiskrim yang lazat.

Lagi sembilan gambar dan cara menghasilkan aiskrim satu bahan langkah demi langkah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Mula-mula, sediakan pisang secukupnya.
 photo 51afd02174c5b60f4500092d_w540_sfit_.jpg
Kemudian, kupaskan kulit pisang.
 photo 51afd022fb04d604b80008e6_w540_sfit_.jpg
Potong pisang kecil-kecil dan susun atas pinggan.
 photo 51afd02474c5b60f50000996_w540_sfit_.jpg
Masukkan pinggan berisi potongan pisang ke bahagian sejuk beku selama satu hingga dua jam.
 photo 51afd025fb04d604a2000963_w540_sfit_.jpg
Masukkan ketulan pisang ke dalam pemproses makanan atau pengisar standard. Kisarkan.
 photo 51afd02774c5b60f5d000910_w540_sfit_.jpg
 photo 51afd028fb04d6049c00089b_w540_sfit_.jpg
Semasa mengisar, ketulan pisang mungkin tersekat sedikit. Gunakan sudu/spatula untuk mengadun, dan kisar sedikit demi sedikit sehingga tekstur pisang menjadi berkrim.
 photo 51afd02efb04d604920008dc_w540_sfit_.jpg
Setelah berkrim, anda boleh masukkan bahan lain seperti mentega kacang, nutella, buah stroberi dan sebagainya jika anda tidak mahu rasa pisang semata-mata.
 photo 51afd02f74c5b60f820008db_w540_sfit_.jpg
Aiskrim anda siap untuk dinikmati.
 photo 51afd031fb04d60496000841_w540_sfit_.jpg
Sumber: Thekitchn

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...