Bayi Colombia paling obes–yang memiliki berat seperti kanak-kanak enam tahun–telah diselamatkan oleh badan amal supaya dia dapat menjalani rawatan bagi menyelamatkan nyawanya.
Santiago Mendoza, lapan bulan, mempunyai berat 19.7 kg, diterbangkan dari rumahnya ke Bogota, ibu negara Colombia Ahad lepas.
Sukarelawan dari Chubby Hearts (Gorditos de Corazon) membantu bayi itu setelah ibunya, Eunice Fandiño, menulis kepada mereka untuk meminta pertolongan.
Eunice mengakui yang ‘kejahilan’nya sendiri yang menyebabkan kegemukan anaknya kerana setiap kali anaknya menangis, dia memberi bayi itu makanan atau susu untuk menenangkannya.
Dia selalu rasa bimbang, jadi tiap kali dia menangis saya suap dia makanan.
Radio Caracol melaporkan yang Santiago telah mengalami masalah kesihatan kerana terlalu berat dan sudah beberapa kali dimasukkan ke wad.
Pengarah Chubby Hearts, Salvador Palacio González, berkata bayi itu akan dinilai oleh doktor pakar di klinik Colina.
Mereka akan cuba bantu menurunkan berat badan Santiago sebelum bayi itu perlu melalui beberapa siri pembedahan, tambahnya. Pakar bedah, Cesar Ernesto Guevar, memberitahu El Espectador:-
Nampaknya apa yang dia perlukan ialah rawatan jangka panjang, pendidikan, makanan yang menyihatkan, dan bila usianya meningkat, aktiviti fizikal.
Jika tidak, di masa depan dia akan menderita kencing manis, darah tinggi dan masalah serius dengan sendi.
Eunice memberitahu dia selalunya duduk di rumah dengan bayinya kerana Santiago terlalu berat untuk didukung keluar.
Tetapi dia memberitahu yang dia ‘optimistik’ dengan bantuan yang diterima dan berjanji akan mengikut semua arahan doktor.
Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.