(10 GAMBAR)Acara Sukan Olimpik Paling Pelik Pernah Diadakan

Trending

(10 GAMBAR)Acara Sukan Olimpik Paling Pelik Pernah Diadakan

Sukan Olimpik musim panas akan dianjurkan di London, England, dari Jumaat, 27 Julai 2012 sehingga 12 Ogos 2012. Tak sabar rasanya nak menonton atlet-atlet terbaik di dunia menunjukkan kemahiran dan bakat masing-masing. Teruskan membaca untuk mengetahui tentang acara-acara sukan Olimpik yang paling pelik pernah dipertandingkan di Sukan Olimpik satu ketika dulu.

1. Acara Tembak Merpati (1900)

Acara berdarah ini dilaksanakan cuma sekali, di Paris pada tahun 1900. Hampir 300 ekor burung merpati dibunuh pada acara ‘lepas dan tembak’, meninggalkan kesan-kesan yang tidak menyenangkan, seperti sisa-sisa bulu burung dan darah. Jadi memang sepatutnya juga acara ini tidak disambung, dan hingga ke hari ini inilah satu-satunya acara Olimpik yang melibatkan pembunuhan haiwan.

Advertisement

2. Kabaddi (1936)

Acara gusti individu melawan sepasukan ini popular di Asia Selatan. Objeknya ialah untuk salah seorang ahli pasukan memasuki separuh gelanggang yang merupakan hak lawan, dan mendapat mata dengan menggusti ahli-ahli pasukan lawan. Ahli pasukan kemudiannya kembali ke gelanggang sendiri.

3. Lumba Basikal 12 Jam (1896)

Mungkin acara ini agak terlampau dari keupayaan peserta, apabila tujuh orang pelumba basikal menyertai perlumbaan dari jam lima pagi sehingga lima petang. Empat peserta terjatuh sebelum waktu tengahari, tetapi pemenangnya, Adolf Schmal dari Austria, berjaya berbasikal sejauh 180 batu. Hanya Schmal dan seorang lagi pesaing berjaya menghabiskan perlumbaan, dengan kelebihan satu pusingan.

Lagi 7 acara dengan membaca entri ini sepenuhnya.

4. Tarik Tali (1900 – 1920)

Ini lebih macam sukan untuk subjek Pendidikan Jasmani dari acara Olimpik, namun Tarik Tali sememangnya acara yang pernah dipertandingkan di Sukan Olimpik pada abad ke-5. Untuk versi Olimpik moden, ada dua pasukan dengan lapan ahli; di mana pasukan yang berjaya menarik lawan pada jarak enam kaki dikira menang. Sekiranya tiada pasukan yang berjaya selepas lima minit, pasukan yang menarik pada jarak terjauh diisytiharkan sebagai pemenang.

 5. Panjat Tali (1896, 1904, 1906, 1924 dan 1932)

Dalam acara ini, peserta memanjat tali yang diikat tegak, menggunakan tangan sahaja.

6. Lawan Pistol (1906 dan 1912)

Anda tahu tentang polis yang menebak sasaran yang bergerak untuk meningkatkan kemahiran menembak mereka? Acara ini sebiji macam yang itu. Dalam acara ini, peserta perlu menembak patung-patung bergerak dengan yang mempunyai symbol bull’s eye di dada.

7.  La Canne (1924)

Ini ialah sejenis seni mempertahankan diri yang hamper serupa dengan lawan pedang, bezanya ianya menggunakan tongkat.

8. Hoki Beroda (1992)

Sama seperti hoki ais, hoki jenis ini dimainkan atas gelanggang yang mempunyai permukaan kering, menggunakan kasut roda. Acara ini bagaimanapun ialah sukan demontrasi, dan Argentina telah memenangi emas berlawan Sepanyol di peringkat akhir.

9. Menghayun Kelab (1932)

Seperti gimnastik berirama yang menggunakan pin bowling, acara ini memerlukan peserta menhayunkan kelab dalam corak tertentu.

 10. Lumba Renang Berhalangan (1900)

Kombinasi acara renang dan halangan, peserta perlu memanjat tiang, memanjat beberapa buah bot, dan kemudian berenang di bawah beberapa bot. Semua ini dilakukan di Sungai Reine, dan mereka juga perlu berenang dengan arus yang kuat. Acara ini hanya dilaksanakan sekali saja, pada tahun 1900 di Paris.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...