Alhamdulillah. Seorang lagi artis muda iaitu Syatilia Melvin telah pun mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya. Keputusan ini telah dibuat oleh Syatilia kira-kira 2 minggu lalu ketika dia berada di kampung. Memang makin manis wajah Syatilia selepas bertudung. Sejuk je mata memandang. Semoga perubahan ini akan menambahkan lagi ketenangan dan memurahkan lagi rezeki Syatilia.
Apa pun Syatilia Melvin menafikah penghijrahannya ini semata-mata kerana mahu berkahwin sebaliknya ia datang daripada hati yang tulus ikhlas. Kata Syatilia:-
Saya tahu orang akan bertanya dan menganggap keputusan bertudung ini kerana ada perancangan untuk berkahwin, namun saya jelaskan di sini ia bukan sebab itu. Ia bukan atas desakan mana-mana pihak, niat itu datang dari hati saya ketika berada di kampung dua minggu lalu.
Sam sudah tentulah tahu sebab saya sudah muat naik gambar di Instagram, dia okey sahaja. Tentang memasuki alam rumah tangga, saya memang sudah bersedia, namun jodoh sahaja belum sampai, saya masih berdoa dipercepatkan jodoh.
Abang Nara tertarik dengan kisah yang dikongsikan oleh Syatilia tentang penghijrahannya ini. Kata Syatilia:-
Saya melihat diri saya di hadapan cermin dan ketika itu saya fikir seperti ada kekurangannya dan bila adik-adik saya masuk ke dalam bilik, saya lihat penampilan mereka sempurna dengan bertudung.
Sejak itu saya mengambil tudung dan terus memakainya hingga hari ini, memang ketika itu ahli keluarga lain terperanjat dengan perubahan saya secara tiba-tiba itu.
Saya sedar bila bertudung lebih membataskan watak dalam drama, namun saya percaya pada rezeki daripada Allah, jika tidak di bidang lakonan mungkin ada pada sumber yang lain,
Semoga dengan penghijrahan ini, jodoh Syatilia dipercepatkan dan juga rezeki dimurahkan. Tahniah Syatilia!!! Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Mstar Online.