June 9th, 2015

Ramona Zamzam dan Rami Alashkar telah selamat menjadi pasangan suami isteri pada 1 Mei yang lalu. Pasangan sama cantik sama padan ini telah bercinta selama 2 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Hujung minggu lalu, majlis resepsi pasangan ini telah pun diadakan di Perak. Jelas terserlah kegembiraan dan kebahagiaan yang sedang dikecapi pengantin baru kita ini.

ramona zamzam resepsi

Ramai yang tertanya-tanya mengapa resepsi perkahwinan Ramona dan Rami dibuat pada tarikh yang agak jauh. Iyerlah selalu orang kalau kahwin paling lambat dalam masa seminggu dah habis semua majlis. Untuk makluman, mengikut perancangan asal, Ramona dan Rami ingin berkahwin pada bulan September kerana keluarga sebelah lelaki hanya akan dapat hadir ketika itu.

Seperti yang kita ketahui Rami berasal dari Palestin dan keluarganya ketika ini sedang berada di Yaman. Oleh kerana keadaan di Yaman agak tidak aman, agak sukar untuk mereka datang ke Malaysia. Orang kata benda baik jangan ditangguhkan, maka Ramona dan Rami mengambil keputusan untuk bernikah terlebih dahulu dan mengadakan resepsi di Kuala Lumpur pada bulan 9 apabila keluarga sebelah lelaki dapat hadir.

ramona zamzam resepsi

Diharap dengan penjelasan ini semua pihak berpuas hati dan memahami kesulitan yang sedang dihadapi oleh ahli keluarga Rami terutamanya. Ala yang penting dah nikah dan hubungan sudah dihalalkan. Nikah yang paling penting. Resepsi semua ini perkara kedua. Itu pandangan Abang Nara lah. Apa pun, tahniah kepada Ramona dan Rami sekali lagi. Semoga cepat-cepat menimang cahaya mata. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar @sixucaphotography.

ramona zamzam resepsi
ramona zamzam resepsi
ramona zamzam resepsi
ramona zamzam resepsi
ramona zamzam resepsi
ramona zamzam resepsi
ramona zamzam resepsi
ramona zamzam resepsi


Comments are closed.

Loading...