(10 GAMBAR)Sekitar Kelas Solekan Fasha Sandha Bersama Jurumekap Chomel

Hiburan

(10 GAMBAR)Sekitar Kelas Solekan Fasha Sandha Bersama Jurumekap Chomel

5 Julai yang lalu, Fasha Sandha dengan kerjasama jurumekap terkenal Mohd Redza atau lebih dikenali sebagai Chomel telah pun mengadakan satu kelas solekan bertempat di Podium Hartamas. Kelas solekan ini juga merupakan anjuran bersama Chinta Salon milik Fasha Sandha. Dengan tema ‘Cantik di Syawal’, seramai 32 orang peserta telah pun menghadirkan diri untuk mempelajari teknik-teknik kelihatan lebih menawan, cantik dan berseri-seri, lebih-lebih lagi di pagi Hari Raya.

fasha sandha kelas solekan

Advertisement

Abang Nara memang menggemari teknik solekan yang digunakan oleh Fasha Sandha. Ia tidak terlalu tebal tetapi tetap menyerlahkan kecantikan wajahnya. Orang kata nampak ‘natural beauty’. Sebagai seorang lelaki, Abang Nara akui takut melihat wajah para wanita yang bersolek tebal sehingga muka bertukar menjadi tidak dikenali. Percayalah lelaki sukakan wanita yang bersolek ala kadar.

fasha sandha kelas solekan

Ini merupakan kali kedua Fasha Sandha menganjurkan kelas solekan sebegini. Chomel merupakan jurumekap pilihan Fasha dan juga selebriti-selebriti lain seperti Datin Marlia Musa, Lisa Surihani, Diana danielle, Ziana Zain, Irma Hasmie dan Emma Maembong. Untuk kelas pertama dahulu, Fasha telah bekerjasama dengan jurumekap Deqsha. Fasha akan menganjurkan kelas sebegini setiap bulan bergantung kepada jadual pengambaran. Fasha juga menerima tawaran daripada badan-badan kerajaan untuk mengadakan bengkel solekan dan kecantikan. Pihak pengurusan masih dalam menyusun jadual untuk tahun ini.
fasha sandha kelas solekan

Jangan lupa untuk ikuti Instagram @FashaSandha untuk mengetahui bilakah jadual kelas solekan seterusnya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

fasha sandha kelas solekan
fasha sandha kelas solekan
fasha sandha kelas solekan
fasha sandha kelas solekan
fasha sandha kelas solekan
fasha sandha kelas solekan
fasha sandha kelas solekan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...