Masjid Camlica ini mendapat inspirasi daripada Era Ottoman dan pembinaannya dikelolakan oleh Mimar Sinan. Masjid ini dibina sejak tahun 2013 di bawah kelolaan Presiden Recep Tayyip Edrogen ini menelan kos lebih RM 100 juta.
Apa yang lebih membanggakan, masjid ini direka oleh dua orang arkitek wanita Turki iaitu Bahar Mizrak dan Hayriye Gul Totu.
Berkeluasan 15 ribu meter persegi, Masjid Camlica mempunyai perpustakaan, galeri seni dan muzium ini juga mampu menempatkan kapasiti seramai 63 ribu orang dalam satu masa.
Mari kita melihat gambar-gambar di bawah, mungkin ia boleh dijadikan sebagai salah satu lokasi dalam percutian anda di Turki.