Abang Nara memang teringin dari dulu lagi untuk buat “photoshoot” untuk anak yang tercinta. Namun biasalah bila dah lahir si anak, kadang-kadang sibuk sangat sampai tak sempat nak buat apa yang dirancang. Namun begitu, dengan kerjasama The Photolicious, Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha telah merakamkan detik-detik indah anaknya, Kayla Elyana pada usia 6 hari. Comel sangat-sangat!!!
Namun agak menyedihkan apabila ada pihak yang menyatakan kelahiran Kayla Elayna tidak membawa tuah semata-mata kerana kekalahan Kelantan di dalam perlawanan bola sepak. Rendah sungguh mentaliti orang tersebut. Memang memalukan bagi Abang Nara melihat masih ada orang yang berfikiran begini. Fikirkanlah perasaan mak ayah anda sekiranya anda dikatakan “bad luck” oleh seseorang. Pasti bengang tahap tertinggi punya.
Buat Apek dan Leuniey, abaikanlah sahaja orang sebegini. Memang tak ada akal punya orang. Komen yang ditaip pun menunjukkan betapa hatinya sangat busuk dan tidak senang melihat kebahagiaan anda. Yang penting berikan 100% tumpuan membesarkan Kayla Elayna. Berikan kasih sayang yang secukupnya. Pedulikanlah orang lain.
Lagi beberapa gambar si comel Kayla Elayna dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada ThePhotolicious.