January 29th, 2018

Bagaikan puteri dan putera bersanding di kayangan, itulah gambaran tepat buat majlis resepsi pasangan Yuna dan Adam Sinclair yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya semalam.

Yuna begitu anggun dengan gaun putih manakala putera hatinya Adam tampak sangat segak berbaju Melayu lengkap dengan tanjak yang direka khas oleh Hatta Dolmat . Dengan tema “garden wedding” sebanyak 1,500 tetamu yang hadir termasuk rakan artis dan VIP pada majlis tersebut terpukau dengan hiasan pelamin yang cukup eksklusif dan indah.

Antara rakan selebriti yang membuat persembahan adalah Aizat Amdan, Noh Hujan dan Bunga Citra Lestari.  Bapa Yuna, Datuk Mat Zarai’ai turut menghiburkan pasangan mempelai dengan lagu Perfect yang dipopularkan oleh Ed Sheeran.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi perkahwinan Yuna dan Adam dengan membaca entri ini sepenuhnya.


60 responses to “(10 FOTO) Sekitar Majlis Resepsi Yuna Dan Adam Yang Cukup Eksklusif Dengan Tema Garden Wedding”

  1. bunga liar gunung says:

    mak aiii…jambang laki dia, x gatal ke ni nanti hehehe

  2. Anonymous says:

    spoil turban yuna..bad..jdi tak nmpk new..maybe dah style fesyen dia

  3. Yekeni says:

    Biggest ‘tiara’ I’ve ever seen….

  4. anti kepochi says:

    apa2 ajeklah komen lu org neh, suka sangat cari silap org. lu org takda keje lain ea. lu org komen bukan2 pun tak gunalah. dia dah naik pelamin pun. takda rasa ke nak doa baik2 tuk kbhagiaan dia org. dia ada pelamin rm70k! baju bling2! lu org ada ke?….lu org ada apa?

  5. anti kepochi says:

    apa2 ajeklah komen lu org neh, suka sangat cari silap org. lu org takda keje lain ea. lu org komen bukan2 pun tak gunalah. dia dah naik pelamin pun. takda rasa ke nak doa baik2 tuk kbhagiaan dia org. dia ada pelamin rm70k! baju bling2! lu org ada ke?….lu org ada apa?

Loading...