January 20th, 2016

Nur Ruhainies iaitu Heroin drama Hello Mr Perfect yang juga adik kepada pelakon Risteena Munim sekitar bulan December lepas sempat bercuti bersama keluarga beliau ke Amsterdam dan London.

Walaupun mata wang negara jatuh, namun ia tidak menghalang Ruhainies untuk berbelanja sakan di Eropah dan sanggup berhabis sehingga lebih daripada RM20,000.

Ruhainies menjelaskan beliau tiada niat untuk menunjuk tetapi lebih kepada “self reward” selepas penat bekerja.

Sudah jadi tradisi keluarga saya akan bercuti pada hujung tahun. Pada 2014 kami ke Korea dan hujung tahun lalu Eropah pula jadi destinasi pilihan. Meskipun nilai mata wang negara jatuh, saya dan keluarga tetap meneruskan percutian ini memandangkan sudah lama dirancang.

Di London setiap 26 Disember adalah hari jualan murah atau lebih kenali sebagai ‘boxing day’. Ketika ke sana beberapa tahun lalu, banyak barang boleh dibeli. Saya suka borong minyak wangi, pakaian dan alat solek. Namun dalam kunjungan kali ini, saya hanya dapat beli dalam kuantiti sikit.

Ini adalah masa untuk saya menghargai dan memanjakan diri selepas penat bekerja sepanjang tahun. Lagipun, bukan selalu. Dalam setahun hanya sekali saya dapat berbelanja besar seperti ini.

Tidak sahlah kalau ke Eropah kalau tidak membeli jenama original seperti Louis Vuitton ataupun menjejakkan kaki ke Harrods bukan? Hehe..Bak kata Ruhainies sekali sekala berbelanja apa salahnya.

Jom lihat beberapa lagi foto sewaktu percutian Ruhainies dan keluarga di Eropah.

Sumber berita: Harian Metro


Comments are closed.

Loading...