10 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Final World Cup Brazil 2014

Trending

10 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Final World Cup Brazil 2014

final fifa world cuo brazil 2014

Pertembungan epik ini pastinya akan menghidangkan pelbagai aksi menarik daripada barisan pemain bintang yang menganggotai pasukan kedua-dua negara ini.

Advertisement

Namun, terdapat beberapa perkara yang anda harus tahu berkenaan final Piala Dunia antara Argentina dan Jerman ini seperti:

1. Kedua-dua pasukan sudah pun bertemu sebanyak 20 kali dimana enam perlawanan daripadanya berlangsung di Piala Dunia dan dua daripadanya melibatkan pertemuan di peringkat final Piala Dunia iaitu pada 1986 dan 1990.

2. Pada 1986 ianya dimenangi oleh Argentina dengan kemenangan 3-2 sebelum dibalas kembali oleh Jerman pada 1990 dengan kemenangan tipis 1-0 hasil sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan.

3. Pertemuan final Piala Dunia 2014 ini merupakan merupakan pertembungan yang ketiga dari kedua-dua pasukan.

4. Pendahulu penjaring gol bagi skuad Argentina iaitu Lionel Messi memerlukan hatrik manakala pendahulu penjaring gol bagi Jerman pula, Thomas Muller hanya memerlukan dua gol sahaja pada perlawanan ini jika ingin dinobatkan sebagai ‘Penjaring Terbanyak Piala Dunia 2014’ mengatasi rekod enam gol yang masih dipegang oleh James Rodriguez dari Colombia setakat ini.

5. Jika Thomas Muller berjaya menjaringkan dua gol peribadinya itu, beliau bukan sahaja memenangi ‘Anugerah Kasut Emas’ sebagai Penjaring Terbanyak Piala Dunia 2014 malah beliau akan menjadi pemain pertama menjadi Penjaring Terbanyak Piala Dunia sebanyak dua kali selepas memenanginya pada tahun 2010 di Afrika Selatan.

6. Perlawanan final ini lebih merujuk kepada pertembungan geografi antara benua dimana Argentina akan mewakili benua Amerika Selatan manakala Jerman pula mewakili Eropah.

7. Perlawanan ini akan diadili oleh pengadil dari Itali, Nicola Rizzoli.

8. Jika pada edisi 1986 di Mexico, penonton dihidangkan dengan aksi-aksi menarik daripada kedua-dua pasukan dimana Argentina berjaya membolosi pintu gol Jerman dengan tiga gol, edisi 1990 di Itali dianggap final yang membosankan apabila hampir 90 minit, penonton disajikan dengan percubaan-percubaan yang tersasar disamping permainan kasar dan cubaan melengah-lengahkan permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan menyebabkan Argentina bermain dengan sembilan orang apabila Pedro Monzon dan Gustavo Dezotti diperintah keluar padang malah Diego Maradona yang bertindak sebagai kapten pasukan Argentina juga dilayangkan kad kuning.

9. Pada peringkat kumpulan, Argentina merekodkan tiga kemenangan sempurna menewaskan Bosnia-Herzegovina, Iran dan Nigeria manakala Jerman pula hanya mencatatkan dua kemenangan sahaja menentang Portugal dan Amerika Syarikat dan seri bertemu Ghana.

10. Penyerang Jerman dan juga Penjaring Gol Piala Dunia Terbanyak Sepanjang Zaman, Miroslav Klose bakal menjadi pemain paling tua dalam final ini iaitu berusia 36 tahun seandainya diturunkan oleh jurulatih Jerman, Joachim Low.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...