10 Fakta Menarik Tentang Kim Jong Un Yang Anda Perlu Tahu

Kehidupan

10 Fakta Menarik Tentang Kim Jong Un Yang Anda Perlu Tahu

Kim Jong Un, namanya mula trending sejak minggu lalu gara-gara beberapa media telah memetik laporan berita mengenai kematian presiden Korea Utara ini.

Namun, sehingga kini status sebenar berkenaan spekulasi yang muncul masih tidak dapat ditentukan kesahihannya.

Advertisement

Baca: Kim Jong Un Masih Lagi Hidup dan Sihat, Korea Selatan Menafikan Laporan Media Amerika Syarikat

Pemimpin negara Korea Utara ini mula dikenali sejak dia menggantikan bapanya Kim Nam Il menjadi pemimpin tertinggi negara paling tertutup itu. Namun tahukah anda terdapat fakta-fakta unik mengenai pemimpin muda ini?

1. Generasi ke-3 Kim

Generasi Kim

Kim Jong Un merupakan generasi ke-3 Kim yang berkuasa di Korea Utara. Dinasti Kim ini dimulai oleh pemimpin pertama Korea Utara, iaitu Kim Il Sung, diteruskan oleh Kim Jong Il, dan diwariskan kepada Kim Jong Un pada tahun 2011.

Untuk pengetahuan, dinasti Kim dikenali dengan sebutan “Keturunan Gunung Paektu” (Mount Paektu Bloodline) yang dianggap sebagai dewa di negara itu.

2. Usianya menjadi misteri sehingga kini

Gambar Hiasan

Walaupun dilahirkan daripada keluarga yang ternama namun, sehingga kini tiada siapa yang mengetahui tarikh lahir Kim Jong Un yang sebenarnya. Banyak informasi yang dapat ditemui berkaitan kelahirannya, iaitu dia mungkin dilahirkan pada 8 Januari atau 6 Julai 1982, atau mungkin 1983.

Tetapi menurut badan perisikan Korea Selatan, Kim Jong Un sebenarnya lahir pada tahun 1984. Walau bagaimanapun, usianya dipercayai masih di bawah 40 tahun dan dikenali sebagai pemimpin negara yang termuda di dunia.

Mengapa dirahsiakan? Pelbagai sumber menyatakan bahawa usianya disembunyikan adalah supaya Kim Jong Un tidak dianggap masih mentah untuk memimpin.

3. Antara individu yang paling kuat di dunia

Dalam majalah Forbes tahun 2013, Kim Jong Un telah menduduki peringkat ke-46 sebagai ‘Figura Paling Kuat’ di dunia.

Selain bergelar pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un juga telah memegang banyak jawatan lain di Korea Utara seperti Ketua Parti Buruh Korea, Ketua Suruhanjaya Pertahanan Nasional, Ketua Suruhanjaya Tentera Pusat dan Komandan Tertinggi Angkatan Bersenjata Korea.

Selain itu, pada tahun 2002 hingga 2007, Kim Jong Un telah dilatih sebagai pegawai tentera di salah satu universiti Korea Utara. Oleh itu, pemimpin tersebut dianggap telah mewarisi kuasa kebijaksanaan nasional yang disebut “Songun” daripada generasi Kim kerana memastikan kesejahteraan rakyatnya dan angkatan bersenjatanya yang kini menduduki peringkat ke-4 di dunia.

4. Meniru pesona datuknya sendiri

Gambar hiasan

Selain itu, Kim juga sering disebut suka meniru persona datuknya, Kim Il Sung. Untuk kelihatan lebih mirip dengannya, Kim Jong Un dikatakan telah menjalani pembedahan plastik di Korea Utara dan hanya warga negara yang berduit sahaja mampu melakukannya termasuklah Kim Jong Un.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa Kim Jong Un hanya mencukur bulu keningnya supaya kelihatan lebih pendek sama seperti datuknya.

5. Potongan rambut terlarang

Kim jong un
Seterusnya, Kim Jong Un juga sangat terkenal dengan gaya potongan rambut uniknya di mana rambut bahagian kanan kiri hingga belakang kepalanya dicukur habis, sementara bahagian atasnya sahaja yang dibiarkan panjang.
Menariknya, gaya potongan ini juga dikatakan telah dilarang sama sekali ditiru oleh rakyat di Korea Utara kerana ingin menjadi satu-satunya individu yang memilikinya.

6. Berkahwin tetapi menyembunyikan status anak-anak

Gambar Hiasan

Pemimpin Korea Utara ini juga dikhabarkan telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita cantik bernama Ri Sol Ju pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ju Ae.

Namun, ada yang mengeluarkan spekulasi bahawa Kim Jong Un memiliki lebih dari seorang anak apabila isterinya Ri Sol Ju pernah hilang secara tiba-tiba beberapa kali dalam waktu yang lama.

7. Membunuh keluarga sendiri

Gambar Hiasan

Kim Jong Un merupakan anak bongsu daripada tujuh anak Kim Jong Il yang dikatakan terdiri daripada empat anak perempuan dan tiga anak lelaki. Pada awalnya, abang tirinya Kim Jong Nam dikatakan akan menjadi pengganti bapa mereka. Namun, Kim Jong Nam telah mati diracun pada Febuari 2017 yang lalu.

Walaupun kejadian kematian sebenar Kim Jong Nam dikatakan telah dibunuh oleh dua orang wanita. Namun, ramai yang mempercayai bahawa Kim Jong Un telah membunuh abangnya sendiri bagi mengukuhkan lagi status keturunan pemimpin sebenar apabila melihat kewujudan Kim Jong Nam dapat menjadi titik kelemahan yang ketara dalam proses pelantikannya.

8. Meminati sukan bola keranjang

Gambar Hiasan

Di luar sikap tegasnya dalam pemerintahan, Kim Jong Un turut dikenali sebagai penggemar sukan bola keranjang NBA. Pada waktu mudanya, Kim Jong Un dikatakan meminati bintang NBA iaitu Michael Jordan.

Selain itu, pemimpin ini juga memiliki persahabatan yang erat dengan bekas pemain NBA iaitu Dennis Rodman. Persahabatan mereka dipercayai sangat erat apabila Rodman pernah mengunjungi Kim Jong Un di Korea Utara beberapa kali.

9. Bukan seorang pelajar yang pandai di dalam kelas

Gambar hiasan

Kim Jong Un telah mendapatkan pendidikan di Liebefeld-Steinhölzli Schule, sebuah sekolah di Switzerland selama dua tahun dengan menggunakan nama samaran iaitu ‘Pak Un’ sebelum tiba-tiba menghilangkan diri.

Semasa di Swiss, Kim Jong Un telah menjadi antara murid yang lebih tua daripada sebahagian besar rakan sekelasnya kerana mempunyai masalah dalam bahasa.

The Telegraph pada 2012 pernah melaporkan bahawa selama tahun pertamanya, Kim Jong Un telah gagal mendapatkan nilai kelulusan minimum bagi hampir kesemua mata pelajaran di sana. Namun, Kim Jong Un dikatakan mendapat markah yang tinggi dalam bidang muzik dan teknikal.

10. Memilih wanita yang layak menganggotai band wanita di Korea Utara.

Gambar hiasan

Muzik pop bukan sahaja berada di Korea Selatan, malah turut wujud Korea Utara. Untuk pengetahuan semua, terdapat satu band wanita yang terkenal di Korea Utara iaitu Moranbong.

Difahamkan, band wanita ini telah dibentuk sendiri oleh Kim Jong Un pada tahun 2013. Bukan itu sahaja, ahli kumpulan Moranbong juga telah dipilih sendiri olehnya secara langsung.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...