10 Daerah Dan Zon Yang Masih Kekal Di Dalam Kategori Zon Merah COVID-19

COVID-19

10 Daerah Dan Zon Yang Masih Kekal Di Dalam Kategori Zon Merah COVID-19

Kuala Langat menjadi daerah pertama diisytiharkan zon hijau COVID-19 di Selangor selepas tiada lagi pertambahan kes aktif di kesan pada Jumaat lalu. Berdasarkan data terkini yang dikongsikan di Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 10 daerah dan zon yang kekal sebagai zon merah.

Sementara itu, jumlah kes aktif COVID-19 di Daerah Rembau, Negeri Sembilan meningkat secara mendadak, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dan KKM. Berdasarkan infografik yang dikongsikan, jumlah kes aktif di daerah yang dikategorikan Zon Merah COVID-19 itu meningkat kepada 87 berbanding tujuh kes, Khamis lepas.

Advertisement

4 negeri zon merah

Selangor – Petaling (62), Gombak (79)

Kuala Lumpur – Batu (102), Ibu Kota (144), Kampung Baru (69), Sri Petaling (45)

Johor – Kluang (47)

Negeri Sembilan – Rembau (87)

Kebanyakan kes baru melibatkan kluster seperti Tapak Pembinaan Setia Alam (Petaling) dan Pekerja Kilang di Pedas (Rembau) serta lokaliti PKPD. Manakala, Terengganu kini menuju negeri zon hijau dengan hanya tinggal 12 kes aktif.

data KKM

Sarawak – Kuching (92), Kota Samarahan (39)

Zon Merah mewakili jumlah kes aktif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Kuning (satu hingga 40 kes) dan Zon Hijau tiada kes. Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan buat masa ini (kecuali dengan kebenaran polis) bagi melindungi zon hijau yang sudah bebas dari kes terbaru.

Terbaru, Perdana Menteri telah mengumumkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020 ini. Walaupun peluang untuk menjadikan lebih banyak zon hijau dilihat lebih baik, lanjutan tempoh PKPB ini perlu dilakukan untuk langkah keselamatan.

Artikel berkaitan: (TERKINI) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Dilanjutkan Satu Bulan Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...