10 Cara Elak Ditipu Agent Yang Tidak Diiktiraf Bila Ingin Bekerja & Menetap Di Australia

Travel

10 Cara Elak Ditipu Agent Yang Tidak Diiktiraf Bila Ingin Bekerja & Menetap Di Australia

Saban tahun ramai rakyat MALAYSIA yang ingin berhijrah ke Australia samada untuk bekerja dan terus menetap disini. Disebabkan lambakkan dan permintaan yang tinggi rakyat MALAYSIA yang ingin kesini telah menyebabkan segelintir rakyat MALAYSIA yang tidak BERTANGGUNGJAWAB yang telah lama berada disini mengambil peluang untuk menipu dan memperbodohkan mereka dengan menjanjikan visa untuk bekerja di Australia.

Advertisement

Ada segelintir mereka menjanjikan dan menyediakan perkerjaan terutama di sektor perladangan dengan mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi atau nilai yang tidak sepatutnya.

Untuk mendapatkan perkerjaan dan pengurusan untuk ke sini ada sebahagian agent yang tidak berdaftar/scammer mengenakan caj pengurusan sebanyak RM3500-RM10,000 kepada seorang individu.

Nilai ini sangatlah tinggi dan berunsur penipuan serta penganiayaan keatas individu tersebut. Untuk maklumat untuk mendapatkan pekerjaan di Australia tidak ada bayaran pendahuluan pun untuk mendapatkan kerja.

Rata-rata penipuan ini berlaku keatas individu yang ingin datang ke Australia dan bekerja di ladang. Tidak dinafikan untuk mengenakan caj atas usaha menguruskan mereka ke Australia namun biarlah kena pada harga dan tidak terlalu tinggi yang melampaui batas.

Kebanyakkan mereka yang nak datang bekerja disini adalah dalam keadaan terdesak dan janganlah gunakan kesempatan ini untuk menangguk ikan di air yang jernih. Kasihanilah mereka jangan menipu dan letakkan bayaran yang tidak sepatutnya.

Fenomena kedua berlaku di Australia adalah menawarkan perkhidmatan untuk memohon “PROTECTION VISA SUBCLASS 866 (XA)” @ lebih dikenali BRIDGING VISA di kalangan rakyat MALAYSIA. Rata-rata ramai tertipu dan kurang faham apa visa ini. Ada sebahagian memohon visa ini tanpa memikirkan masalah yang akan berlaku dimasa depan.

Ada individu yang tidak bertanggunjawab ini telah mengenakan caj perkhidmatan Aud300- Aud5000 untuk satu permohonan. Untuk makluman harga sebenar visa ini adalah aud35 sahaja.

Bagi pendapat personal saya, Aud300 untuk servis caj masih boleh diterima atas alasan pihak “agent” perlu menyiapkan kertas kerja dan sebab-sebab yang hebat untuk pemohon namun jika melebihi aud500 itu adalah satu penganiayaan dan penindasan terhadap kaum sendiri.

Ditambah lagi, mereka tidak memberikan infomasi yang lengkap untuk visa ini dan menyebabkan masa depan pemohon dalam keadaan samar seandainya visa ini gagal/refuse.

Apa itu protection visa?

Protection visa ni didefinasikan untuk mereka yang mempunyai masalah dinegara sendiri yang memerlukan perlindungan dari kerajaan Australia atas sebab seandainya mereka balik ke MALAYSIA mereka akan dihukum, dibunuh, atau berlaku kekecaman keatas mereka samada secara fizikal atau mental.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi kayu ukur dalam memohon visa ini iaitu disebabkan penukaran agama, perbezaan politik, kewarganegaraan, atau berminat untuk menjadi gay/ lesbian. Setiap pemohonan visa ini haruslah mengemukakan bukti yang kukuh misal contoh anda memerlukan perlindungan disebabkan anda berhutang dengan AH long, Ceti Haram jika anda pulang nyawa anda diancam. Semua sebab diberi haruslah dikemukan bukti yang jelas dan tepat.

Namun kini tahun 2017 lambakkan rakyat MALAYSIA yang memohon visa ini telah menyebabkan 98% ditolak. Ini kerana MALAYSIA adalah negara kelas pertama yang mempuyai kestabilan politik-bermaksud tiada keganasan/peperangan, mempunyai perlembagaan iaitu jika mereka terjebak dengan ceti HARAM/AH LONG ada badan yang akan melindungi mereka iaitu Polis, dan lain-lain.

Kesilapan berlaku disini apabila ramai yang tidak faham fungsi protection visa. Nak dapatkan visa ini sangatlah susah dan banyak akan diuji untuk mendapatkan visa ini. Jangan mohon visa ini jika anda masih muda berumur lingkungan 18tahun-35tahun kerana kita tidak tahu apa akan berlaku dimasa depan.

Setiap permohonan visa ini segala maklumat akan disimpan dan direkod didalam database immigresen. Justeru ini akan menyukarkan keluarga anda seandainya anda meletakkan segala butiran keluarga, adik-beradik dan ibu-bapa didalam permohonan ini.

Misal contoh, anda mohon protection visa dan visa anda telah ditolak dan anda menetap di AUSTRALIA secara haram, apabila salah seorang ahli keluarga anda ingin ke Australia kebarangkalian untuk tidak dapat masuk adalah tinggi kerana rekod lampau anda yang tidak cantik. Besar kemungkinan akan menyukarkan mereka masuk dan memohon lain-lain visa.

Ada yang terkeliru PROTECTION VISA VS BRIDGING A,B,C,D,E. Rata-rata mereka tidak faham apa itu bridging dan beranggapan bridging itu adalah visa mereka telah lulus untuk menetap di AUSTRLIA.

BRIDGING VISA

Visa menunggu yang diberikan kepada pemohon ketika pihak immigresion dalam proses untuk meluluskan permohonan visa yang dipohon. Sebagai contoh memohon protection visa, sementara pihak immigration membuat keputusan samada lulus/gagal mereka diberikan bridging ini.

Bridging ini akan mendapat segala kebaikan sama seperti visa yang kini sedang dipohon. Contoh dari segi visa condition : Mendapat hak untuk bekerja, hak untuk hidup di Australia tanpa ganguan, hak untuk belajar dan sebagainya.

Kategori Bridging terbahagi kepada beberapa bahagian, paling banyak adalah BRIDGING A, BRIDGING C.

Bridging A

Permohonan yang dibuat sebelum visa sebelum tamat. Contoh VISA ETA belum tamat mereka memohon protection visa/ student visa dan automatic mereka dapat bridging A.

Bridging C

Pemohon yang membuat permohonan ketika visa sebelum telah tamat tempoh atau mereka telah menjadi illegal.

***TIPS NAK ELAK DITIPU***

1. Sebelum memohon apa-apa visa sila gunakan carian engine google untuk mendapatkan info yang tepat

2. Jangan mohon visa sebelum tahu kebaikan, keburukan visa tersebut dimasa akan datang

3. Rujuk kepada websites department of Immigration and Border Protection Australia untuk mengetahui segala info.

4. Rujuk kepada orang yang bertauliah seperti peguam, migration agent, study agent untuk sebarang info tambahan.

5. Jangan buat pembayaran jika “agent/scammer” tidak memberikan anda info yang tepat

6. Jangan semudahnya memberikan wang kepada mereka untuk membuat permohonan visa.

7. Pastikan anda tidak mengikut kawan untuk memohon apa-apa visa

8. Pastikan anda kaji dan selidik terlebih dahulu latarbelakang “orang” yang akan membuat permohonan anda.

9. Pastikan anda sentiasa berhati-hati sebelum membuat apa-apa keputusan

10. Sentiasa bertanya dan cuba ambil tahu keadaan visa semasa, bukan teruikut trend yang hot sahaja.

Semoga info diatas bermanfaat kepada mereka yang bakal atau telah pun berda di Australia dan kepada “AGENT/SCAMMER” janganlah membuat penipuan dengan menjanjikan yang manis-manis kepada mereka yang terdesak untuk terus menetap di Australia untuk mencari rezeki yang halal.

Pada penghayatan dan pengalaman saya, ambilah keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke sini menjadi satu titik point untuk membina kerjaya disini secara sah. Laluan sebagai pelajar disini sangat cerah untuk membina kerjaya dimasa depan.

Saya ucapkan selamat maju jaya yang ingin menjadi anak rantau. I.allah di lain masa saya akan menulis lagi dari sudut seorang anak rantau yang ingin berjaya membina kerjaya dimasa depan di bumi Australia.

Kredit : Nora Firdaus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...