10 Bulan Pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari Ditanya Soal Kahwin Lagi, -“Setiap Hari Menangis Dan Sekarang Masih Menangis Lagi..”

Hiburan

10 Bulan Pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari Ditanya Soal Kahwin Lagi, -“Setiap Hari Menangis Dan Sekarang Masih Menangis Lagi..”

Kira-kira hampir 10 bulan pemergian suami tercinta iaitu pelakon Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari (BCL) dilihat telah semakin pulih daripada kesedihan kehilangan orang tersayang.

Mengakui masih merindui susuk tubuh lelaki yang paling disayanginya itu, BCL berkata perasaan itu tidak akan pernah hilang.

Advertisement

Menurut laporan media tempatan, BCL menjelaskan bahawa dia memerlukan waktu untuk mengubat kerinduan dan juga mencari semangat baru selepas pemergian insan terpenting dalam hidupnya itu.

Ketika ditemubual pengacara Maia Estianty dalam sebuah saluran Youtube, Bunga mendedahkan bahawa dia memerlukan lima hingga enam bulan untuk kembali bersemangat melakukan perkara yang disukainya.

Dalam program tersebut juga, Maia turut mengusik Bunga dan bertanyakan mengenai soal kahwin lagi dan adakah dia sudah bersedia untuk memulakan hidup baru bersama lelaki lain dan kembali bergelar seorang isteri.

Bunga memberi reaksi tidak mahu lagi memikirkan soal itu buat masa sekarang dan hanya ingin fokus kepada kerjayanya kini dan juga anak lelakinya.

“Dari awal saya perlukan terapi, konsultasi untuk memulihkan diri, setiap hari menangis dan sekarang masih menangis lagi..tapi sekarang ini sudah beraktiviti kembali. Selepas keluarkan lagu (12 Tahun Terindah) itu, lima enam bulan kemudian baru saya boleh melakukan sesuatu..”

Mengimbas kembali, Ashraf Sinclair, 41, telah menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada 18 Februari yang lalu. Allahyarham telah meninggalkan seorang balu iaitu Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...