“10 Atau 25 Peratus Penyokong Dibenar Ke Stadium Mulai 1 April” – Ismail Sabri

Kehidupan

“10 Atau 25 Peratus Penyokong Dibenar Ke Stadium Mulai 1 April” – Ismail Sabri

Bermula 1 April ini, penyokong bola sepak negara dibenarkan hadir ke stadium untuk menonton saingan Liga Malaysia (MFL). Kebenaran berkenaan meliputi kehadiran penonton ke stadium bagi semua kejohanan sukan dengan beberapa syarat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hanya 10% kapasiti penonton atau 2,000 orang dibenarkan manakala kawasan PKPP, 25% kapasiti penonton atau 8,000 orang dibenarkan.

Advertisement

“Kebenaran itu juga tertakluk kepada kawalan penyeliaan sepanjang masa”.

Tambah beliau, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas mendengar pembentangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai permohonan kemasukan penonton ke stadium atau lokasi acara sukan pada Selasa lalu.

penyokong bola sepak

“Atas pandangan serta penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM), mesyuarat bersetuju membenarkan kehadiran penonton dengan syarat ditetapkan”.

penyokong bola sepak

“SOP yang perlu dipatuhi adalah tiket hanya dijual secara dalam talian sahaja, penjarakan fizikal minima 1.5 hingga 2 meter di antara setiap penonton dan operasi jualan hanya dibenarkan di kedai sedia ada di kawasan stadium sahaja. Selain itu, perkara yang amat perlu diberi perhatian adalah pergerakan masuk dan keluar penonton secara berjadual dan tersusun”.

Ismail Sabri berkata KBS, MKN dan KKM akan turut memantau dan membuat penilaian terutama dalam aspek pergerakan kemasukan dan penyuraian penyokong semasa perlawanan tersebut.

SUMBER

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...